in

Pelajar Malaysia Rangkul Gelaran Naib Juara Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Antarabangsa

Pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan mudah untuk berpidato, lebih-lebih lagi dalam bahasa asing. Dalam ketika Malaysia sedang memberi tumpuan pada Sukan Para ASEAN, terdapat pelajar Malaysia yang yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.


Nur Afifah Elias telah menaikkan nama negara apabila muncul sebagai naib juara dalam Pertandingan Pidato Bahasa Mandarin Pelajar Antarabangsa 2017 di Beijing, China, semalam. Menurut Berita Harian, Nur Afifah merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengikuti pengajian Bahasa Mandarin di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing.

2 3
Sumber: berita harian

Seorang lagi pelajar Malaysia, Lin Syahirah Hishamuddin dari Universiti Bahasa dan Budaya Beijing turut menyertai pertandingan itu dan berjaya mendapat sagu hati. Kedua-dua mereka merupakan pelajar tahun akhir di universiti masing-masing.

Selain mereka berdua, pertandingan itu turut disertai pelajar dari negara luar iaitu Rusia, Itali, Sweden, Jamaica, Korea, Jepun dan Thailand.

1 3
Sumber: berita harian

Menurut kenyataan dari Pejabat Education Malaysia Beijing, kemampuan pelajar Malaysia dalam menguasai Bahasa Mandarin sangat terserlah menerusi pertandingan itu.

Ini menunjukkan usaha kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan amat tepat sekali dengan menyediakan platform terbaik bagi penguasaan Bahasa Mandarin.”

Education Malaysia Beijing turut berharap agar usaha menghantar pelajar Malaysia ke China dapat diteruskan dan ini akan memperkasakan lagi hubungan baik antara Malaysia dan China.

Hebat anak muda sekarang! Bukan mudah nak dapat pencapaian sebegini. Tahniah kami ucapkan! You go girls!

Giphy 6

Baca: Pelajar Malaysia Pertama Sertai Persidangan United Nation International Model Berjaya Rangkul Beberapa Anugerah

Student

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.