Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan

Apabila musim perayaan Aidilfitri kian menjelma, ramai yang suka memeriahkan malam-malam bulan puasa dengan bermain mercun.

Tahun ini, larangan penjualan mercun telah ditarik dan ramai yang boleh menjual beli barang letupan itu.


Terbaru, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu bertindak membaling mercun jenis bola dari tingkat atas sebuah apartmen.

Menerusi Twitter @twt_cyberjaya, kejadian tersebut difahamkan berlaku di apartmen The Arc, Cyberjaya dan ianya merupakan rumah sewa pelajar Kolej UNIKOP.

“Kenapa tak reti jaga kelakuan?” 

Video berkenaan mengundang kemarahan ramai netizen dan ramai yang tag pihak polis di bahagian replies tweet berkenaan bagi memaklumkan perkara itu.

Ramai juga yang bengang dengan tindakan pelajar-pelajar tersebut yang tidak matang dan boleh membahayakan orang lain.

Cats 28

Dalam akaun Twitter yang sama, didakwa pihak polis tersebut telah pun pergi ke rumah pelajar-pelajar tersebut bagi mengambil keterangan.

Sebagai info, Kolej UNIKOP merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Koperasi PDRM, harap ambil pengajaran dan janganlah diikut perbuatan ini.

Baca: Polis Kini Buru Geng Baling Mercun Dalam Rumah Orang Sampai 2 Cedera

Polis Buru Baling Mercun Cedera

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelajar IPT Baling Mercun Bola Dari Tingkat Atas Apartmen, Netizen Mohon Polis Ambil Tindakan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelajar-ipt-baling-mercun-bola-dari-tingkat-atas-apartmen-netizen-mohon-polis-ambil-tindakan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM