in

Pelajar Darjah 5 Maut Dihempap Tiang Gol Di Padang Sekolah

Murid Maut Dihempap Tiang Gol

Kemalangan di sekolah adalah perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa, jika sebelum ini ada kes berkenaan seorang murid cedera apabila kipas di bilik darjah terjatuh, hari ini sebuah lagi kemalangan telah berlaku di sebuah sekolah di Sabah yang telah mengorbankan nyawa.

Insiden yang meragut nyawa seorang pelajar darjah 5 dari SJK(C) Lok Yuk di Menggatal, Sabah berlaku apabila murid tersebut telah dihempap tiang gol di padang sekolahnya ketika hari sukan sekolah tersebut sedang berlangsung.

MURID MAUT DIHEMPAP PALANG GOL DI MANGGATALKOTA KINABALU: Seorang murid tahun lima maut selepas dihempap palang gol ketika aktiviti sukan di Pekan Manggatal, di sini, semalam.Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa yang berusia 11 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas, di sini.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal, mangsa adalah salah seorang murid di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lok Yuk, Manggatal.Katanya, mangsa dipercayai dihempap besi palang tiang gol ketika berlangsungnya aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru sekolah yang bertindak menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan segera.“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kesan berlakunya sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih dijalankan.Sementara itu, kejadian yang meragut nyawa kanak-kanak terbabit tular di media sosial sejak petang semalam.Rakaman berdurasi 14 saat itu memaparkan kanak-kanak terbabit diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.Berdasarkan pengamatan pada video berkenaan, besi palang pada tiang gol berkenaan dipercayai patah sebelum menghempap mangsa.

Posted by Update info semasa #Update on Friday, October 21, 2022

Menurut laporan New Straits Times, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Bapa mangsa yang melihat kejadian itu memaklumkan seorang guru sekolah yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.” katanya.

Selain itu, Mohd Zaidi berkata, siasatan telah dibuat di lokasi kejadian dan pihaknya mendapati tiada sebarang kesan berlakunya sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah.

Baca: Kipas Terjatuh Dari Siling Kelas, Pelajar Darjah 2 Patah Jari

Murid Patah Jari