in

Pelajar Bangsa Cina Dapat A Dalam Semua Subjek Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK)

Pandai Budak Ni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangga ibu bapa dengan keputusan anak dia! Kami pun tumpang gembira dan bangga!


Seorang pelajar Cina dari Kampung Gong Pak Damak Taman Dea Jaya berjaya dapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) baru-baru ini. Menurut Berita Harian, Por Hui Ling, 11, dapat perhatian lepas dia berjaya dapat 8A dalam semua subjek berteraskan agama Islam.

Hui Ling bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ) dan merupakan anak ketiga dalam keluarga.

Hui Ling 2
sumber: nst

Hui Ling percaya bahawa semua jenis ilmu atau mata pelajaran boleh dikuasai sekiranya seseorang itu mempunyai kesungguhan dan keinginan yang tinggi. Untuk pengetahuan, berikut adalah mata pelajaran yang diambil Hui Ling:

  • Ulum Syariah
  • Pelajaran Jawi
  • Lughatul al-Quran (Bahasa Arab)
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Bidang al-Quran
  • Sirah
  • Adab
  • Amali Solat

Hui Ling mendapat inspirasi daripada abang dia yang juga pernah menghadiri kelas Kafa sebelum ni. Kedua ibu bapa tidak pernah paksa dan sentiasa sokong dari belakang.

“Abang memperolehi 5A dan 3B dalam UPKK pada 2015 justeru saya terdorong untuk mencatat keputusan yang lebih baik daripada abang.

“Ibu dan ayah pula menyokong kerana bagi mereka, saya perlu mempelajari juga apa yang murid Melayu belajar kerana semua rakan Melayu juga belajar bahasa Mandarin.”

Hui Ling 1
sumber: harian metro

Akui menghadapi kesukaran pada mulanya, Hui Ling tidak berputus asa dan selalu bertanya pada cikgu kalau ada yang dia tak faham.

“Saya hanya belajar ketika sesi pembelajaran di dalam kelas selain tidak malu untuk bertanya guru sekiranya tidak memahami sesuatu pembelajaran. Melalui disiplin itu saya berjaya mencapai kecemerlangan di dalam UPKK.”

Hui Ling juga berterima kasih pada semua guru UPKK dekat SKTJ yang selalu adakan kelas tambahan untuk murid yang ketinggalan dan lemah dan subjek.

“Saya antara murid yang paling lemah dalam subjek Pelajaran Jawi justeru terpaksa mengikuti kelas tambahan pada Jumaat dan Sabtu. Dalam tempoh beberapa bulan, saya berjaya menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi selain boleh membaca perkataan dalam Bahasa Arab.

“Pencapaian itu memberi kepuasan kepada saya malah menjadi pendorong kepada rakan-rakan lain untuk cemerlang dalam UPKK.”

Hui Ling 4

Hui Ling 3
sumber: sinar harian

Hui Ling adalah antara 57 daripada 138 murid yang menduduki UPKK memperolehi 8A di SKTJ pada tahun ini. Keputusan itu sememangnya sangat membanggakan kerana status dia yang bukan beragama Islam.

Tahniah Hui Ling, Lobak Merah turut berbangga dengan pencapaian awak!

Baca: Hanya Target 4A, Remaja Dilahirkan Buta Terkejut Dapat Keputusan Cemerlang 7A SPM!

Csclksdc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.