in

“Pekerjanya orang kristian”- Masjid Pink Dimaukom Ampatuan, Lambang Cinta Dan Perpaduan Agama Di Filipina

Featured 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang kita tengok Masjid berwarna pink terang kan? Kalau kita tengok kebanyakan warna masjid sama ada putih, hijau, biru atau warna-warna yang lembut.


Kat Malaysia antara Masjid Pink yang popular tentunya Masjid Putra di Putrajaya, itu pun bukan Pink betul, sebaliknya berwarna kemerah-merahan.

 

Seluruh masjid warna Pink terang!

Kalau korang rasa Masjid Putra itu dah pink, apa kata korang tengok Masjid Dimaukom Ampatuan di Selatan Filipina ini.

Masjid ini dibina pada tahun 2011 dan siap pada 2013 atas perintah Datuk Bandar Datu Saudi Ampatuan iaitu Samsodin Dimaukom…sebab itu nama masjid ini Dimaukom, diambil dari nama Datuk Bandar tersebut.

54407609 1097533550426124 1084223339498569728 N

3 4 1

Bukan sahaja bahagian luar dan dalam masjid ini berwarna pink, malah kawasan sekeliling masjid ini juga berwarna pink. Bermula dari pink muda hinggalah pink yang mencolok mata seperti barbie.

Antaranya pintu gerbang, pagar masjid, pejabat polis, malah pengunjung atau murid yang belajar mengaji juga dikatakan harus memakai pink.

 

Datuk Bandar sendiri pilih warna Pink!

Pink merupakan warna kegemaran beliau dan isterinya, selain itu katanya pink melambangkan kedamaian dan cinta. Cinta kepada Allah, sesama manusia dan cinta kepada negara.”

54524138 1097533520426127 8625324048777216000 N

53827111 1097533580426121 3966192286840127488 N

Menurut sumber, yang istimewanya masjid ini selain daripada warnanya yang pink terang, dikatakan pembinaan masjid ini juga melibatkan pekerja-pekerja yang kebanyakkan beragama kristian…wow!

Lebih menarik mereka juga membina masjid tersebut atas dasar sukarela tanpa meminta sedikitpun bayaran atas tenaga mereka. Perkara ini dilakukan demi semangat persaudaraan, perdamaian dan harmoni diantara mereka.

Sebab itu Masjid Dimaukom Ampatuan jadi lambang kesatuan dan persaudaraan masyarakat pelbagai agama di kawasan tersebut, lapor gomuslim

 

Baca : Dari Sebuah Muzium, Hagia Sophia Kini Kembali Ditukar Sebagai Masjid

Baca 7

Sumber: facebook
Sumber: gomuslim
Sumber: facebook
Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.