in

Dari Sebuah Muzium, Hagia Sophia Kini Kembali Ditukar Sebagai Masjid

Untitled Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah bertahun lamanya ditukar fungsinya daripada masjid kepada muzium selepas zaman pemerintahan empayar Uthmaniah, bangunan ikonik Turki yang dikenali dengan nama Hagia Sophia — kini kembali bertukar status kepada sebuah masjid.


Memetik laporan Berita Harian, perkara itu diumumkan sendiri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Pengisytiharan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki menarik balik status monumen itu sebagai muzium.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penganut Kristian dan juga negara jiran Greece — yang mahu ia kekal dijadikan sebuah muzium.

Hagia Sophia June2020 Afp

BBC melaporkan, meskipun keputusannya itu mendapat tentangan golongan sekular — beliau menegaskan Turki menggunakan kedaulatannya untuk menukar kembali Hagia Sophia kepada sebuah masjid.

Khabar itu sebaliknya disambut dengan tangan terbuka oleh penganut Islam, malah mereka juga dimaklumkan bahawa solat jumaat pertama di masjid itu akan diadakan pada 24 Julai ini.

Tapak bersejarah warisan dunia itu seringkali tarikan pelancong seluruh dunia. Ia pertama kali dibina sebagai Katedral Kristian pada empayar Byzantine, sebelum ditukar kepada masjid selepas penaklukan Uthmaniah pada 1453 serta muzium pada 1934.

 

Baca: “MasyaAllah” – [VIDEO] Orang London Terkesima Dengar Azan, Ramai Berhenti Depan Masjid Rakam Video

1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.