in

Madammu Kongsi Tips Berfesyen, Elak Pakai Hiasan ‘Pearl’ Dengan ‘Jeans’

Madammu 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pernah tak rasa teragak-agak nak berfesyen kerana takut dilihat overdress? Kadang-kadang tu berdiri lama depan cermin sebab tak tahu perhiasan yang macam mana sesuai dengan outfit.


Baru-baru ini usahawan produk kecantikan dan kesihatan, Madammu telah berkongsi beberapa tips berfesyen ketika sesi live TikTok bersama penonton.

@zueraidah_noir.n000403

Jangan jadi mangsa fesyen 😬😬 #fyp #madammu #lawak

♬ original sound – ZueRaidahBusinessLeader – Zue Raidah Noir Leader

Pearl ‘tak masuk’ dengan moden

Menurut pengasas jenama Noir itu, tak semua perhiasan sesuai dipakai dengan outfit yang kita pilih. Contohnya, hiasan mutiara ataupun pearl tidak sesuai dipakai bersama seluar melainkan seluar itu adalah potongan palazo.

Elakkan juga memakai perhiasan mutiara dengan fesyen ranggi seperti seluar jeans.

I kalau tengok orang pakai pearl dengan seluar jeans… tolonglah jangan pakai macam tu! – Madammu

Tambah Madammu, hiasan mutiara hanya sesuai dipakai dengan fesyen feminin seperti baju kurung.

Pearl always go dengan classic. Baju kurung kedah, baju kurung… yang feminin.. yang lembut-lembut. Jangan pernah sesekali pakai pearl dengan seluar jeans. Salah!

Artikel berkaitan: “Mummy dulu mandi air telaga je” – Netizen Tergamam Lihat Bayi Madammu Mandi Pakai Air Mineral

Artikel berkaitan: Ustaz Tegur Pakai Fesyen Tudung Khimar Ikat, Terdedah Rambut Dekat ‘Sideburn’?

Jangan jadi mangsa fesyen

Dia juga berpesan kepada penonton live itu supaya berhati-hati ketika berfesyen takut dianggap sebagai ‘mangsa fesyen’.

Kalau anda perasan, hiasan pearl ini kebiasaannya dipakai bersama outfit yang longgar dan feminin terutamanya ketika majlis rasmi.

Video yang dimuat naik oleh @zueraidah_noir ini telah mendapat pelbagai daripada reaksi netizen. Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat Madammu ini.

Madammu

Madammu 1 Madammu 2

Betul jugak Madammu cakap ni!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.