PDRM Minta Penunggang Motor Yang ‘Diganggu’ Anggota Polis Sampai Motor Rosak Tampil Buat Laporan

Tambah ke Sumber Pilihan
PDRM Minta Penunggang Motor Yang ‘Diganggu’ Anggota Polis Sampai Motor Rosak Tampil Buat Laporan

Tular satu video keluhan seorang penunggang motosikal yang mendakwa telah ‘diganggu’ oleh pihak polis sehingga menyebabkan kerosakan pada motornya. Menurut individu berkenaan pihak polis itu telah mencabut kepala tiub dan pendikit kabel dibelit sehingga tidak boleh pulas.

Dalam video lain, rakaman CCTV menunjukkan seramai 2 anggota polis telah menghampiri sebuah motosikal di stesen minyak yang terletak di kawasan Kampung Baru Subang. Susulan dengan kejadian tersebut, ia telah sampai ke perhatian pihak PDRM dan meminta agar pemilik kenderaan tersebut tampil untuk membuat laporan.


Artikel berkaitan : Polis Tak Isytihar Jalan Masjid India Sebagai Zon Tak Selamat Sebab…

Artikel berkaitan : Polis Tahan 3 Lelaki, Disyaki R*gol Remaja Perempuan Hilang Di Tawau

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya telah mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)  yang kira-kira jam 1 petang, semalam.

“Dalam rakaman itu, petugas rondaan cegah jenayah dari Balai Polis Kampung Baru Subang mendekati sebuah motosikal yang ditempatkan di stesen minyak berkenaan.”

“Untuk makluman, pemeriksaan kenderaan adalah tugas harian yang dijalankan setiap petugas rondaan cegah jenayah di lapangan.”

Beliau turut menegaskan bahawa penularan rakaman itu dilihat telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Sungai Buloh).

“Justeru, pemilik motosikal itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.”

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan rakaman video yang boleh menjatuhkan imej PDRM tanpa kesahihan.”

Tegasnya, mana-mana individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sumber : X, Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

PDRM Minta Penunggang Motor Yang ‘Diganggu’ Anggota Polis Sampai Motor Rosak Tampil Buat Laporan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pdrm-minta-penunggang-motor-yang-diganggu-anggota-polis-sampai-motor-rosak-tampil-buat-laporan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM