in

“Patutnya rejam sampai mati”- Budak 3 Tahun Dirogol Dan Dipenggal Kepala Selepas Diculik Ketika Tidur Di Stesen Kereta Api

Featured 12

Menjijikkan!

Namun itulah yang berlaku di India apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dirogol dan dibunuh 2 lelaki selepas suspek menculik mangsa di sebuah stesen kereta api.

Menurut polis walaupun mayat mangsa telah ditemui namun kepalanya masih hilang, malah hasil bedah siasat mendapati yang kepala mangsa dipenggal menggunakan senjata tajam, lapor The Straits Times.

67721445 800489563682051 5093058200547098624 N
Sumber: facebook turn back crime malaysia

Ketika kejadian pada Khamis lalu, dipercayai kanak-kanak itu sedang tidur bersebelahan ibunya di stesen keretapi Tatanagar di Jharkand sebelum diculik tanpa disedari ibunya.

Kanak-kanak itu kemudiannya diserang secara seksual sehingga dia menangis menyebabkan kedua-dua pelaku bertindak memenggal kepala kanak-kanak itu.

Mayat mangsa tanpa kepala diletakkan dalam beg dan dibuang berhampiran loji rawatan air.”- Timbalan Superintenden Polis Kereta Api, Noor Mustafa Ansari

Polis kemudiannya menahan Rinku Sahu, 36 dan Kailash Kumar, 38 atas dakwaan menculik, merogol dan membunuh kanak-kanak tersebut berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh.

67797859 800489427015398 8889755955307216896 N

67875912 800489447015396 805451769822838784 N
Sumber: facebook turn back crime malaysia

Namun seorang suspek lagi turut ditahan iaitu Mondu Mandal, rakan kepada ibu mangsa kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan kanak-kanak.

“Kami menahan Sahu malam Selasa susulan maklumat selepas berkongsi rakaman CCTV penculikan dengan media dan di media sosial.”

“Dia menunjukkan tempat mereka membuang mayat,”

Rinku Shah, salah seorang suspek dilaporkan baru saja keluar dari penjara atas kesalahan menculik dan cuba membunuh kanak-kanak tersebut pada 2015.

Lebih menyedihkan, ibu kanak-kanak itu cuba mengenalpasti mayat anaknya namun gagal akibat pengsan beberapa kali ketika proses pengecaman.

Walaupun skuad anjing pengesan digunakan untuk cuba mencari kepala mangsa, ia masih belum berhasil.

 

Baca : Aisha pergi dalam tangisan Heliza Helmi Kongsi Kisah Kekejaman Israel Biar Kanak-Kanak 5 Tahun Meninggal Tanpa Keluarga Di Sisi

Heliza