in

“Aisha pergi dalam tangisan” – Heliza Helmi Kongsi Kisah Kekejaman Israel Biar Kanak-Kanak 5 Tahun Meninggal Tanpa Keluarga Di Sisi

Featured 38

Kekejaman Israel ke atas bumi Palestin terus dilakukan meskipun memasuki bulan Ramadan.

Malah kota Gaza tanpa henti dibedil dengan bom dan serangan udara sehingga mengakibatkan kehancuran infrastruktur dan kehilangan banyak nyawa.

Terbaharu dalam posting instagram yang dimuatnaik Heliza Helmi, selebriti yang aktif dalam misi kemanusiaan ada menceritakan sisi lain kekejaman Israel ke atas penduduk Gaza.

 

Kisah Aisha Lulu, kanak-kanak usia 5 tahun yang meninggal tanpa keluarga disisi angkara Israel laknatullah..

View this post on Instagram

・・・ Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza. . Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya. . Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana. . Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya. . Apa yang berlaku? . Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan. . Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi. . Inilah pentingnya bantuan perubatan yang kita salurkan kepada mereka. Ia mampu menyelamatkan nyawa. . Ya Allah bantulah mereka. . Salurkan sumbangan peduli ummah kalian melalui akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia : . Maybank 5648 1050 7826 Maybank 5648 1050 7826 Maybank 5648 1050 7826 Sumber : @cintagazamalaysia @nadiralnuri

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Kisah Aisha Lulu ini jelas menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan Israel ke atas penduduk Gaza lebih-lebih lagi yang memerlukan rawatan yang lebih baik.

Malah lebih kejam lagi apabila Aisha terpaksa menghembuskan nyawanya tanpa keluarga disisi, hanya ditemani insan yang tidak dia kenali.

Aisha Lulu baru sahaja berusia 5 tahun dan berasal dari Gaza.
.
Anak kecil ini menghidapi tumor di otaknya. .
Disebabkan kekurangan kepakaran hospital di Gaza untuk merawat pesakit kanser (akibat pengepungan pihak Israel), Aisha terpaksa dipindahkan ke Tebing Barat untuk mendapatkan rawatan di sana.
.
Lebih kejam, pihak Israel enggan membenarkan ahli keluarga Aisha untuk berada bersama-samanya, menyebabkan Aisha dipindahkan bersendirian tanpa keluarganya bersama dengan seorang wanita asing yang sukarela untuk menjaganya.

1 22
Apa yang berlaku?
.
Aisha telah pergi buat selamanya akibat komplikasi yang dialaminya selepas pembedahan.
.
Apa yang lebih merobek dan menyayatkan hati, menurut sumber-sumber yang berada bersama-sama Aisha ketika itu mengatakan Aisha meninggal dalam tangisan, tidak mampu bercakap dan seorang diri tanpa keluarganya di sisi.
.
Inilah pentingnya bantuan perubatan yang kita salurkan kepada mereka. Ia mampu menyelamatkan nyawa.
.
Ya Allah bantulah mereka.

Semoga penduduk Gaza terus kuat menentang kekejaman Israel dan dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih aman dan harmoni.

Baca : Kalau tak mati, cacat seumur hidup atau daging hangus sampai ke tulang-Zionis Israel Serang Palestin Guna Bom Fosfor Putih Yang Diharamkan!

Pal