Pastinya semua mengetahui kewujudan nasi ayam penyet dan kebanyakan anda mengetahui keenakan juadah tersebut.
Nasi putih makan dengan ayam ‘penyet’, ulam-ulaman dan sambal. Makan pula panas-panas…fuhhh memang sedap sangat!
Bercakap tentang nasi ayam penyet, viral di laman TikTok seorang pemuda yang sedang enak menikmati juadah nasi putih bersama lauk hanya mampu tersenyum pasrah setelah sesuatu berlaku kepadanya.
@jualginjalgrosir
Video ini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 11.6 juta penonton dan 1.1 juta like dalam masa satu hari!
Pemuda yang sedang menikmati juadah makanannya di atas lantai biliknya itu kelihatan begitu ‘pasrah’ setelah makanannya dengan tidak sengaja dipijak oleh rakannya.
Yang buat lagi kesian ialah juadahnya itu masih lagi banyak dan sepertinya dia baru sahaja mula makan.
Ada juga komen daripada netizen yang mengatakan juadah tersebut sebagai ‘the real nasi penyet’ kerana nasi tersebut dipijak oleh rakannya. Namun, ramai yang menyatakan rasa kasihan terhadap pemuda tersebut kerana makanannya itu terlihat baru sedikit terusik.
Tetapi, dalam pada kasihan dengan kejadian tersebut, riak muka pemuda itu yang hanya mampu tersenyum pasrah selepas makanannya dipijak rakan juga mengundang rasa geli hati para netizen.
Min rasa awak dah boleh beli meja makan kut…
Baca: “Takkan tak check langsung” – Wanita Dari Sabah Tak Perasan Dah 4 Hari Tinggal Dengan Mayat Roommate