Terlajak tidur di waktu pagi merupakan perkara yang sangat dikhuatiri oleh ramai, lebih-lebih lagi sekiranya perlu menghadiri temuduga, mesyuarat ataupun ke pejabat. Kalau dah terlajak tidur tu, pastinya perkara-perkara lain pun akan jadi ‘kacau’.
Jadi, untuk elakkan terlajak dari tidur ni, pastinya setiap orang akan menggunakan fungsi penggera pada jam, telefon pintar atau memang mempunyai jam penggera khas.
Kalau ikut pengalaman, memang ada sesetengah orang yang sukar nak bangun pagi. Jadi, untuk atasi perkara ini, diorang akan lakukan macam-macam cara. Ada yang tetapkan alarm setiap 10 minit, ada yang letakkan jam atau telefon betul-betul di sebelah telinga dan macam-macam lagi.
Selain itu, pemilihan bunyi yang bersesuaian jugak kadang-kadang menjadi faktor penting tau untuk tetapkan bunyi penggera ni, lebih-lebih lagi sekiranya korang menggunakan fungsi jam penggera di telefon. Ada yang akan gunakan lagu rancak atau ada yang memilih gunakan bunyi alarm sedia ada pada telefon tersebut.
Macam satu perkongsian yang min jumpa di Twitter oleh akaun Salem The Cat ini, cara dia di’kejutkan’ setiap pagi sangat unik dan menjadi perbualan ramai. Dalam video pendek tersebut kelihatan seekor ayam jantan memasuki rumah dan memanjat kerusi untuk ‘kejutkan’ tuannya dengan berkokok.
Selain ayam tersebut kelihatan sangat bersih, tuannya seakan-akan sudah menunggu kehadiran ayam tersebut kerana kalau diperhatikan, pintu hadapan rumahnya telah dibukakan sedikit untuk membenarkan ayam jantan tersebut masuk.
“Here comes the boy, hello boy, welcome”
Mane nak cari jam loceng macam ni? Terpaling effective, service sampai masuk rumah teriak depan muka pic.twitter.com/Odhp4fHK5a
— Salem The Cat ᓚᘏᗢ (@SalemTheCats) September 10, 2021
Menerusi perbutan atau cara si ‘boy’ ini disambut, mungkin ianya sudah menjadi rutin harian ayam tersebut untuk masuk dan berkokok di dalam rumah untuk menandakan hari dah siang. Rutin biasa yang dilakukan oleh ayam jantan sekiranya hari mulai cerah atau pada waktu senja.
Melihat ke bebenang tersebut, kelihatan ramai teruja dan berikan pelbagai reaksi selain ramai turut ingin mendapatkan ‘alarm clock’ tersebut.
Mana tidaknya, tidak perlu set apa-apa, bila tiba waktunya, ia akan berkokok untuk kejutkan pemilik. Unik kan?
Silap-silap, kalau tak bangun ni, dicakarnya muka.
Baca : Kerbau Pecah Masuk Rumah & Rosakkan Kereta, Pemilik Haiwan Dicari Untuk Ganti Rugi