in

Pasangan Pernah Curang? Kajian Buktikan Mereka Selalunya Tak Rasa Bersalah!

Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang pernah dicurangi, perasaan sedih yang bercampur aduk dengan rasa marah, malu dan sebagainya mungkin boleh meninggalkan trauma berpanjangan. Tetapi, bagaimana pula dengan pasangan yang curang? Adakah mereka rasa perkara yang sama?


Menurut sebuah kajian yang dijalankan melalui Ashley Madison – sebuah aplikasi janji temu khas untuk mereka yang sudah berkahwin – mereka yang pernah curang atas sebab tertentu selalunya tidak rasa bersalah.

Walaupun mereka meminta maaf dan merayu-rayu kepulangan pasangan, besar kemungkinan semua itu hanyalah ‘wayang’ semata-mata.

Mereka juga percaya bahawa tindakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan terhadap emosi isteri mahupun perkahwinan mereka.

Patutlah pelik-pelik je perangai orang yang pernah curang ni ya!

Puas hati dapat curang

Curang

Kajian yang sama juga mendedahkan individu yang gemar bermain kayu tiga ini mungkin rasa ‘puas hati’ dan ‘bangga’ dengan apa yang dilakukan.

Menurut ketua pengarang kajian, Dylan Selterman, individu yang curang dan sanggup membelakangkan keluarga ini sangat berpuas hati dengan apa yang mereka dapat nikmati dari segi emosi dan juga seksual.

Pada masa yang sama, perasaan menyesal dan malu terhadap tindakan diri sendiri tiada pada responden.

Tambah Dylan lagi, apa yang masyarakat selalu nampak di kaca televisyen sebenarnya adalah tidak benar.

Selalunya, orang yang curang akan rasa menyesal dan kesal dengan tindakan mereka. Namun, kajian ini menunjukkan keputusan yang sebaliknya.

Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kecurangan merupakan satu perkara yang sangat kompleks. Tak ada sebab pun boleh curang!

Perkahwinan yang bahagia tidak bermaksud pasangan akan setia

Curang

Antara soalan yang diajukan di dalam kajian ini ialah tahap kepuasan responden terhadap perkahwinan masing-masing, mengapa mereka ingin curang dan kondisi kesihatan am mereka.

Peserta kajian kebanyakannya berusia 35-50 tahun, sebahagian besarnya adalah kaum Adam. Mereka mengakui masih mencintai pasangan, namun tidak mendapat kepuasan daripada pekahwinan mereka.

Antara sebab utama kecurangan ialah ketidakpuasan seksual. Selain itu, ada juga yang rasa ingin ‘bebas’ daripada ikatan perkahwinan sedia ada.

Disebabkan individu yang curang ini mendapat kepuasan dari segi emosi dan seksual daripada orang lain, mereka tidak menyesali tindakan mereka, walaupun perkahwinan mereka bahagia. 80% daripada responden juga mengakui mereka merahsiakan kecurangan daripada pasangan.

Jadi, bagi mereka yang ditinggalkan tu, move on cepat-cepat! Percayalah, pasangan yang curang tu tak rasa bersalah pun!

Sumber: Hindustan Times, Daily Mail UK

Baca: 8 Punca Curang Dalam Kalangan Lelaki Dan Wanita, Bukan Sekadar Nak Test Market Sahaja

Curang

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.