in

8 Punca Curang Dalam Kalangan Lelaki Dan Wanita, Bukan Sekadar Nak Test Market Sahaja…

Punca Curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa, kes curang lagi? Pasti ramai yang sudah bosan dengan berita kecurangan selebriti yang sering menghiasi laman sosial kita sekarang. Kadang-kadang, bukannya suami atau isteri tidak ada rupa atau tidak berduit. Apa punca curang pun kita tidak pasti.


Tetapi, apakah punca curang yang sebenarnya? Tidak dinafikan, ada pelbagai sebab mengapa seseorang itu memilih untuk curang.

Tambah lagi, menurut portal kesihatan Very Well Mind, hampir 40% pasangan YANG SUDAH BERKAHWIN terkesan dengan masalah curang.

Walau bagaimanapun, menurut kajian, ada 8 faktor utama yang menyebabkan seseorang itu ‘mencari kebahagiaan’ bersama orang lain.

Antaranya ialah rasa marah, keyakinan diri yang rendah, sudah tidak sayang, diabaikan, keinginan seks yang tidak tertunai dan juga takdir. Ya, takdir juga memainkan peranan tersendiri tau!

Tetapi, ingat ya. Bagi mereka yang terkesan dengan masalah kecurangan, ia bukanlah salah anda. Salahnya terletak 100% di bahu orang yang memilih untuk curang, bukanlah yang ditinggalkan atau dikhianati.

8 punca curang dalam kalangan lelaki dan wanita

1. Rasa tidak bahagia dengan hubungan sedia ada

Punca Curang

Kebanyakan individu yang curang selalunya rasa tidak bahagia bersama pasangan. Ia mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor, mungkin dari segi emosi atau fizikal.

Apabila satu pasangan memilih untuk berkahwin, ikatan tersebut datang dengan tanggungjawabnya yang tersendiri. Tanpa usaha untuk ‘bercinta’ selepas kahwin, lama-kelamaan hubungan akan jadi tawar.

Sebab itulah, pasangan perlulah sentiasa memupuk perasaan cinta antara satu sama lain walaupun sudah lama berkahwin. Bawak suami atau isteri keluar dating, beli hadiah dan pastikan mereka rasa istimewa.

2. Rasa tidak dihargai

Kalau kita rasa tidak dihargai di tempat kerja, mestilah kita akan cari kerja lain kan? Sama jugalah dengan mereka yang curang atas sebab tidak dihargai.

Ada banyak sebab mengapa pasangan rasa tidak dihargai. Mungkin kurangnya komunikasi antara satu sama lain, pasangan tidak meluangkan masa bersama-sama atau dibebankan dengan terlalu banyak kerja rumah.

3. Tidak ada komitmen

Lelaki atau wanita yang tidak komited dalam hubungan lebih berisiko untuk curang! Ingat ya.

4. Bosan punca curang

Benar, ada orang yang curang disebabkan rasa bosan. Kadangkala, mereka ini ingin mencari ‘thrill’ atau kegembiraan baharu walaupun sudah berkahwin.

Macam mana nak rasa ‘thrill’? Ya, dengan cara mengorat atau menjalinkan hubungan dengan orang lain. Inilah salah satu punca curang yang mungkin ramai terlepas pandang!

5. Mahu rasa ‘diingini’

Punca Curang

Menurut kajian, wanita yang berusia 35 tahun ke atas selaluya curang dengan lelaki muda untuk kembalikan keyakinan diri.

Dengan menjalinkan hubungan baharu dengan pasangan yang lebih muda, mereka rasa diri mereka masih diingini walaupun sudah berusia.

Sama jugalah dengan lelaki berusia yang curang dengan wanita yang jauh lebih muda! Awalnya nak test market je…

Bukan itu sahaja, ada juga yang curang disebabkan pasangan sudah tidak cantik/kacak lagi. Katanya, pasangan sudah lupa menjaga diri dan berhias selepas berkahwin selama bertahun-tahun.

6. Ingin membalas dendam

Pasangan pernah curang? Jangan terkejut, ada juga yang curang semata-mata untuk membalas dendam atas kecurangan pasangan yang lalu!

7. Terlalu banyak menghabiskan masa atas talian

Punca Curang

Ya, internet merupakan penyebab utama kecurangan, terutamanya kecurangan yang melibatkan emosi.

Emotional affair, atau kecurangan yang tidak berlaku secara fizikal juga adalah satu bentuk kecurangan. Jangan ingat anda boleh bercrush-crush sesuka hati dengan orang lain. Ini pun dikira curang cuga!

Disebabkan lambakan aplikasi dating atas talian, kecurangan boleh berlaku di hujung jari.

Sama jugalah dengan mereka yang kononnya suka DM kawan di Instagram dan Facebook dengan alasan untuk bertanya khabar.

Kalau betul-betul tanya khabar tak apa, lama-lama tanya ‘husband/wife tak marah ke mesej malam-malam’? Ini parah…

8. Ketagihan pornografi

Ini merupakan salah satu punca curang yang umpama api dalam sekam. Kalau ketagihan ini tidak ditangani, lama-lama ia akan menjadi marak dan sukar untuk dikawal.

Pornografi merupakan satu perkara yang sangat serius dalam perkahwinan. Jangan pandang remeh masalah ketagihan porno.

Selain kecurangan, ia boleh menyebabkan 1001 masalah lain dalam kehidupan.

Alasan di atas bukanlah ‘bendera hijau’ untuk curang

Pasangan tidak memahami, kurang menghabiskan masa bersama-sama atau terlalu sibuk bekerja bukanlah alasan untuk curang.

Sekiranya seseorang itu rasa ingin curang, besar kemungkinan ada masalah dalam hubungan atau pada diri sendiri yang perlu diperbetulkan.

Jadi, berbincanglah dengan pasangan dan cari solusi. Bukannya cari orang lain untuk gantikan pasangan sedia ada!

Ingatlah, tiada manusia yang sempurna. Mana tahu, keluar mulut buaya, masuk mulut harimau pula!

Sumber: Very Well Mind

Baca: Kantoi Curang Dengan Wanita Lain, Lelaki Jatuh Dari Tingkat 3 Kerana Lari Dari GF

Punca Curang

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.