in

Pasangan Baru Kahwin Maut Sebab Terlebih Ambil Ubat ‘Kuat’

Defew

Kini penjualan ubat kuat boleh dikatakan menjadi sebahagian daripada ‘iklan’ yang sering terpapar khususnya di media-media sosial.

Malah ada sesetengah produk menggunakan cara pemasaran yang agak ‘kotor’ dan tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur, bukan itu sahaja siap ada yang overclaim kemampuan produk dengan tujuan untuk mempengaruhi pembeli.

Pasangan baru berkahwin maut kerana terlebih ubat kuat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sepasang suami isteri di Indonesia yang maut gara-gara dipercayai terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks di Indonesia.

Menurut Harian Metro, pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di kawasan Karangpandan, Karangaya, Jawa Tengah ketika staf hotel di sana membuat pemeriksaan selepas menyedari mereka dikatakan lambat check out pada Isnin yang lalu.

5Hmubat 1664937627

Ketua Subseksyen Unit Pendidikan dan Hubungan Masyarakat Polis Karanganyar, Bripka Aditya Prima Sakti mengesahkan, pasangan masing-masing berusia 30 dan 27 tahun yang berasal dari Mojosongo, Kota Solo itu baharu saja bernikah beberapa minggu lalu.

Pasangan tersebut dikatakan memohon untuk memanjangkan tempoh waktu penginapan mereka sehingga 4 petang.

“Mengikut maklumat kakitangan hotel, pasangan itu sempat memohon untuk memanjangkan tempoh masa penginapan mereka sehingga 4 petang.”

Berdasarkan bedah siasat yang dibuat, mereka mendapati tiada tanda-tanda kekerasan pada tubuh mangsa tetapi disyaki telah mengambil terlalu banyak ubat kuat.

“Kedua-duanya meninggal dunia kerana disyaki terlalu banyak mengambil ubat kuat sehingga mengakibatkan denyut jantung laju dan pembuluh darah pecah sebelum meninggal dunia.”

Img 20221003 Wa0010

Menurutnya juga, punca kematian tersebut diperkukuhkan lagi dengan barang bukti iaitu sisa ubat kuat yang diminum mereka.

“Sebuah botol suplemen atau ubat kuat ditemukan kosong serta satu strip ubat kelihatan terbuka dan sudah digunakan.”

Hati-hati ya semua, sentiasalah periksa sebelum guna…

Baca: Wanita Rancang Berkahwin Dengan ‘Hantu’, Dakwa Bakal Suami Larang Berpakaian Seksi?

Screenshot 2022 10 05 At 3.17.29 Pm

Sumber: Portal