Perkahwinan ini suatu perkara yang perlu kita ambil serius kerana kedua-dua pihak mestilah atas rasa rela hati untuk mengikat pertalian supaya tidak berlaku apa-apa persengketaan.
Selalu kita dengar kebanyakan orang akan berkahwin dengan berlainan jantina. Namun, diarus era moden ini juga ada negara yang sudah membolehkan untuk berkahwin sesama jantina.
Lebih menarik, ada juga negara yang telah membenarkan untuk berkahwin dengan apa-apa sahaja seperti patung, haiwan dan barang kesayangan. Pelik kan?
Wanita rancang berkahwin dengan ‘hantu’, dakwa bakal suami larang berpakaian seksi?
Seperti baru-baru ini, media antarabangsa telah melaporkan bahawa seorang wanita dan dikenali juga sebagai penyanyi di Britain telah membuat pengakuan yang cukup pelik didengar. Wanita yang bernama Brocarde ini telah merancang untuk berkahwin dengan hantu era Victoria iaitu Edwardo.
Menurut Daily Star, hantu yang menjadi pasangannya itu telah memiliki sifat cemburu dan bertindak menyembunyikan pakaian seksinya.
“Semua pakaian terbuka saya hilang. Ini pada dasarnya adalah segala sesuatu yang menunjukkan terlalu banyak bahagian tubuh.”
Dia juga mendakwa kebanyakan pakaian dalamnya telah hilang di dalam almari dek kerana ‘teman lelakinya’ membenci wanita tersebut berpakaian seksi.
Pengumuman bernikah bersama teman lelakinya telah dibuat di hadapan penonton ITV This Morning dan dipercayai bahawa teman lelaki hantunya tidak suka jika diri wanita tersebut memperlihatkan bahagian tubuhnya.
“Dia meninggal di zaman Victoria ketika wanita berpakaian berbeza justeru menjelaskan mengapa beberapa pakaian seksi saya seperti seluar dalam telah menghilang.”
Sebelum ini, Brocarde telah mengatakan Edwardo telah bertemu dengannya sewaktu badai pandemik dan pertemuan romantik itu sangat mengejutkan Brocarde membuatkannya jatuh cinta terhadap hantu tersebut.
Difahamkan, mereka bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Las Vegas.
“Edwardo memiliki benda ini di mana dia mengambil alih tubuhku. Ini seperti mimpi yang sangat erotis tetapi anda terjaga.”
Min yang baca pula seram!