in

Paralimpik Tokyo 2020 : Atlet Cape Verde Dilamar ‘Guide’ Lepas Garisan Penamat

Fi Atlet Para Dilamar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga kini, atlet kurang upaya dari seluruh dunia sedang berjuang di dalam temasya berprestij Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan melabuhkan tirainya pada 5 September nanti.


Berita terbaru, walaupun kecewa sebab tak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir tapi menerima lamaran daripada pasangan sendiri mesti mengubat luka itu.

 

Dilamar atas trek

Momen itulah yang berlaku kepada atlet paralimpik daripada Cape Verde, Keula Nidreia Pereira Semedo, apabila dia tak berjaya layak ke peringkat akhir acara larian 200 meter T11 selepas dia berada di kedudukan terakhir pada peringkat saringan separuh akhir.

Namun kekecewaannya itu terubat apabila guide nya Manuel Antonio Vaz de Vega melamarnya untuk berkahwin sejurus selepas menamatkan larian.

Atlet Paralimpik Dilamar 1

Selepas tiba di garisan penamat, Antonio terus bergegas ke suatu bahagian dan terus kembali ke arah Semedo yang masih memakai penutup mata disebabkan mempunyai masalah penglihatan. Ketika itu juga, pesaing mereka yang lain turut mendekati mereka untuk menyaksikan momen bahagia mereka berdua itu.

Lalu, Antonio dilihat terus melutut dan melamar Semedo. Tanpa berfikir lama, Semedo terus mengatakan ‘ya’ pada lamaran tersebut. Mereka kemudiannya turut diraikan oleh pesaing-pesaing mereka yang menjadi saksi pada detik manis tersebut.

 

“Perkara paling indah dalam sukan”

Momen tersebut nyata telah menarik perhatian ramai, serta merasa gembira untuk pasangan tersebut. Ramai yang menyifatkan bahawa perkara tersebut sangat indah dan turut ramai yang mengucapkan tahniah untuk pasangan tersebut.

Reak Atlet Paralimpik Dilamar 1 Edit Reak Atlet Paralimpik Dilamar 2 Edit Reak Atlet Paralimpik Dilamar 3 Edit

Menurut Dailymail, Semedo dilahirkan di Cape Verde pada tahun 1989. Kemudian dia memulakan karier dalam sukan olahraga pada umur 15 tahun setelah diberi dorongan oleh salah seorang cikgunya di sekolah.

Mula umur belasan tahun dan sekarang ada di peringkat paling tinggi, memang hebat betul. Boleh jadi antara momen terbaik dalam edisi Paralimpik tahun ni hehe.

 

Baca : Chew Wei Lun Rupanya Simpan Kisah Sedih Disebalik Kejayaan Raih Pingat Perak di Paralimpik Tokyo

Kisah Sedih Chew Wei Lun Pemenang Pingat Emas Boccia Paralimpik

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.