in

Chew Wei Lun Rupanya Simpan Kisah Sedih Disebalik Kejayaan Raih Pingat Perak di Paralimpik Tokyo

Kisah Sedih Chew Wei Lun Pemenang Pingat Emas Boccia Paralimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ini adalah penampilan sulungnya di pentas Paralimpik Tokyo 2020, atlet boccia, Chew Wei Lun nampaknya memberi kejutan besar buat semua apabila berjaya meraih pingat perak semalam.


Atlet berusia 26 tahun ini telah menampilkan prestasi permainan yang cemerlang apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan dan hanya tewas kepada juara bertahan yang juga atlet nombor satu dunia, David Smith dari Britain.

 

Pernah ditinggalkan ibu pada usia 4 tahun 

Namun disebalik kejayaannya, tersingkap kisah sedih yang disimpan Wei Lun yang tidak diketahui ramai.

Menurut Facebook Kuala Lumpur 2017, Wei Lun memberitahu yang dia telah ditinggalkan ibunya kandungnya sewaktu berusia 4 tahun dan kemudian dijaga oleh datuknya.

Cw1

Pun begitu, ketika dia berusia 9 tahun, Wei Lun dihantar ke rumah ‘orang-orang cacat’. Wei Lun mengakui bukan mudah untuk dia membesar dalam suasana begitu kerana terpaksa berdikari dan buat semua perkara sendiri.

Dari dulu lagi, saya terpaksa berdikari. Umur saya 4 tahun masa ibu tinggalkan saya, lepas tu atuk yang jaga saya.

“Masa saya 9 tahun, saya dihantar ke rumah orang-orang cacat. Bukan senang membesar dalam suasana macam ni sebab semua benda kena buat sendiri,” katanya.

 

Terlalu minat pada Boccia sampai ambil cuti 3 bulan

Kehidupannya nyata berubah selepas mengenali sukan boccia yang diajar oleh seorang guru di sekolahnya.

Gara-gara minatnya yang mendalam terhadap sukan itu, Wei Lun pernah ambil cuti 3 bulan tanpa gaji untuk bertanding di Sukan Para ASEAN 2017. Wah hebat!

“Banyak perkara yang saya pelajari, dan sekarang saya dah boleh jaga diri sendiri. Tapi, saya memang suka main Boccia. Cikgu kat sekolah yang ajar saya cara nak main Boccia.

“Dah minat sangat sampai saya ambik cuti 3 bulan tanpa gaji supaya dapat bertanding kat temasya ni dan banggakan negara saya. Saya tetap sukakan kerja saya dan saya sentiasa nak gembirakan diri sendiri jugak.

“Saya ada kerja, gaji tetap dan boleh buat apa yang saya suka lakukan. Apa lagi yang saya nak? Memang susah sikit nak seimbangkan kerja dengan Boccia tapi dapat wakil negara memang berbaloi,” katanya lagi.

Ternyata segala usaha dan pengorbanan yang dilakukannya membuahkan hasil apabila Wei Lun akhirnya berjaya mendapat pingat perak di sukan Paralimpik 2020 kali ini.

Apa-apapun kami dari Lobak Merah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Wei Lun dan semoga terus sukses dalam bidang yang diminatinya itu. All the best bro! 

Baca: Kronologi Kejadian Pingat Emas Ziyad ‘Dirampas’, Rupanya Ukraine Sudah Buat Bantahan Sebelum Bertanding Tapi…

Kronologi Kejadian Ziyad Rampas Emas

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.