in

“Paraben & SLS bahaya ke?” – Pakar Jelaskan 4 Salah Faham Pengguna Tentang Ingredient Dalam Produk Skincare

Test Paraben Sls
Lobak Merah
Lobak Merah
"Paraben & SLS bahaya ke?" - Pakar Jelaskan 4 Salah Faham Pengguna Tentang Ingredient Dalam Produk Skincare
Loading
/

Demi nak dapatkan yang kulit cantik, perkara pertama seorang ‘beauty conscious’ akan buat mestilah tengok ingredients yang ada dalam skincare dorang sebab takut ia mengandungi bahan kimia yang boleh rosakkan kulit.

So semua mesti pakat cari produk yang ‘Paraben free’ lah, ‘SLS free’ lah ataupun ‘alcohol free’ kan?

Beauty

Tapi betul ke Paraben dan SLS ni bahaya kepada kulit korang? Erk!

Sebelum tu, meh kita fahamkan dulu apa sebenarnya SLS dan Paraben ni! 

 

Sodium Lauryl Sulphate (SLS) 

  • Sejenis bahan kimia yang sering dijumpai dalam syampu ataupun ubat gigi.
  • Tugas SLS ialah untuk kurangkan ketegangan pada permukaan, memudahkan air untuk bersihkan kotoran yang melekat pada rambut atau kulit.
Sls
sumber: blog

Paraben 

  • Sejenis kimia yang digunakan untuk buat produk kecantikan tahan lama.
  • Digunakan dalam kuantiti yang sikit dalam make up atau produk pencuci.
Paraben410
sumber: blog

 

Mitos 1 – SLS jahat dan boleh sebabkan iritasi kulit? 

Kalau korang tengok video dari Youtuber dan ahli farmasi yang femes kat Malaysia ni, Siti Awe dah explain panjang lebar tentang SLS ni:

  • Kalau produk pencuci tak ada SLS, maknanya tak berbuih lah pencuci muka kita tu.
  • Buih-buih ni tugasnya adalah untuk kurangkan geseran pada kulit dan sekaligus tanggalkan minyak yang melekat pada kulit kita. Ooo baru tahu tu fungsinya yee! 

Sumber: Youtube 

Menurut pegawai perubatan, Dr. Wan Dalila Wan Hazmy, dia beritahu admin yang SLS tak boleh sebabkan iritasi pada kulit sebab kita gunakan produk pencuci ni kejap je dan cepat-cepat basuh lepas guna.

Korang mungkin boleh kena iritasi hanya kalau kulit korang jenis kulit yang kering teramat. Untuk elak kekeringan melampau, Dr Wan Dalila suggest korang pakai produk penjagaan kulit yang mengandungi glycerine.

 

Mitos 2 – SLS boleh sebabkan kanser? 

Sebenarnya belum ada lagi kajian yang mengatakan SLS dan Paraben ni boleh sebabkan kanser. Jadi yang kita dengar sebelum ni apa ye??

Britney

Menurut Dr. Wan Dalila, masih tak ada proof yang mengatakan SLS ni boleh sebabkan kanser malah penggunaannya dalam produk pencuci juga dalam amaun yang sedikit. 

 

Mitos 3 – Ada ‘kajian’ mengatakan Paraben bahaya kerana boleh sebabkan kanser!

Bagi paraben, korang tak perlulah susah hati sebab pihak Centers of Disease Control (CDC) dah pun confirmkan yang paraben ni tak bahaya dan tak boleh sebabkan kanser apa-apapun. So jangan paranoid ye!

Calm Down

 

Mitos 4 – Penting ke untuk pilih label bertulis ‘Paraben dan SLS Free’?

Menerusi kedua-dua pakar yang admin rujuk iaitu Dr Wan Dalila dan juga ahli farmasi @ Youtuber, Siti Awe, masing-masing akui yang label ‘Paraben free dan SLS free’ ni hanya sekadar marketing strategy semata-mata!

What

Memang betul mungkin produk-produk ni tak pakai paraben ataupun SLS tapi ada kemungkinan besar juga mereka gunakan bahan kimia lain untuk menggantikan fungsi SLS dan paraben untuk tahan lama. Kalau tak pakai paraben, mungkin produk tu hanya boleh tahan sebulan dua je dekat rak kedai ye.  

 

Tips ringkas untuk pilih skincare yang sesuai dengan muka korang: 

  • Pastikan produk tak lepas expiry date.
  • Rujuk ingredients dan make sure isi kandungan skincare sesuai atau tak dengan kulit.
  • Pilih produk yang ‘dermatologically tested‘ sebab ia lebih selamat digunakan.
  • Beli produk pencuci dari farmasi atau doktor yang dikenali.
  • Kalau kulit alami iritasi, berhenti pakai produk tu dan rujuk doktor secepat mungkin!

Apa-apapun, ia sangat penting bagi korang kat luar sana untuk siasat terlebih dahulu tentang sesuatu produk sebelum tiba-tiba boikot tak tentu pasal. Walaupun ia mengandungi SLS dan Paraben, ia tak semestinya bahaya dan tak baik untuk kulit anda.

So macam mana? Rasa lega kan bila produk kesayangan korang rupanya tak bahaya pun! 

Baca: DIY Skincare Guna Barang-barang Dari Rumah Ni Boleh Rosakkan Muka Korang?

Diy