in

“Panjang umur penunggang motor” – Live Depan Mata, Pemandu Terkejut Tengok Petir Memancar Di Tepi Highway

Panahan Petir Depan Mata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video kejadian panahan petir yang dahsyat di sebuah kawasan yang berdekatan dengan lebuhraya.


Menerusi perkongsian di TikTok @kejutartora, petir terbabit dilihat telah menyambar pokok di sebelah highway tersebut.

Lebih mendebarkan kalau korang tengok betul-betul, ia sipi-sipi saja nak terkena penunggang motosikal dan kenderaan lain di lebuh raya itu. Uish serammm! 

@kejutartora

Live depan mata td. Bunyi mcm bom…. #dashcam #flash #myvideo

♬ original sound – ???????????

Video yang dirakam melalui dashcam pemilik TikTok tersebut juga memperlihatkan panahan petir tersebut mengeluarkan bunyi yang amat kuat dan boleh disamakan seperti bom.

 

“Aku kalau kat situasi orang motor tu, duk umah setahun trauma” 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen bersyukur petir tersebut tidak memanah ke arah pengguna jalan raya di kawasan berkenaan dan mujurlah juga penunggang motosikal tadi terselamat daripada kejadian tersebut.

Panah Petir Komen

Risau pulak ye bila tengok benda macam ni depan mata. Mujurlah penunggang motosikal tu tak apa-apa. 

Baca: Kereta Meletup Badan Lelaki Hancur Dipercayai Dipanah Petir Ketika Memandu Waktu Hujan?

Petir

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.