Bila bercakap soal duit hantaran, ia semestinya boleh memeningkan kepala kaum lelaki.
Mana tidaknya, ada segelintir keluarga perempuan ni mahukan nilai yang tinggi. Tapi kalau ada yang setuju dengan nilai yang rendah tu, para lelaki kena bersyukur sangat dah tu.
Tapi lain pula pandangan seorang wanita ini, apabila dia merasakan dirinya wajar mendapat wang hantaran yang tinggi.
“Pandai sejak kecil… pandai masak”
Viral di TikTok semalam, seorang gadis di Indonesia yang merasakan dirinya layak untuk mendapat duit hantaran sebanyak 500 juta Rupiah bersamaan RM 141,324.00 duit Malaysia bagi sesiapa yang ingin mengahwininya. Boleh beli motor weh!
Dia turut menunjukkan koleksi trofi yang penuh di dalam almari, diperolehnya sejak di bangku sekolah lagi.
Selain itu, gadis tersebut turut memberitahu yang dia sangat mahir memasak. Bukan sahaja makanan Indonesia, makanan western pun dia boleh sajikan.
Disamping itu, dia turut menyatakan yang dia belajar di sebuah universiti di Australia. Apa yang menakjubkan, dia berjaya menamatkan kuliahnya kurang daripada 3 tahun. Ni mesti pandai gila wehh!
Video tersebut telah dimuat naik oleh @baukencur123 di akaun TikToknya dan sehingga kini telah meraih lebih dari 3 juta views.
@baukencur123 segitu mah buat kuliah 1 taun doang bund? #fyp #fypindonesia #RamadanBersamaAQUA #jedagjedug
Dia turut memberitahu bahawa dia mempunyai bisnes frozen food sendiri serta selalu dijemput untuk menjadi motivator.
“Patunya boleh minta lebih lagi tu!”
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen. Namun apa yang mengejutkan, ramai yang bersetuju dengan gadis tersebut dan ada yang mencadangkan untuk menaikkan nilai wang hantaran tersebut.
Sangat lain macam ya permintaan dia, apa komen korang? Patut ke?? Tidak?