Bekerja sebagai pengawal keselamatan bukanlah semudah yang disangka. Tambah pula bagi yang terpaksa berjauhan dari keluarga terutamanya pekerja asing. Bukan itu sahaja, demi mengawal kesejahteraan di kawasan yang dijaga, mereka turut sanggup bersengkang mata ketika orang lain sedang lena dibuai mimpi indah.
Namun baru-baru ini, tular video insiden seorang pengawal keselamatan dipukul dengan kejam di tempat letak kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Aksi memukul tanpa belas kasihan itu, mendapat kritikan hebat dan mengundang kemarahan dikalangan netizen.
Isu yang panas ini mendapat perhatian dari pejabat kedutaan Nepal dan mereka telah membuat satu laporan polis tentang hal berkenaan. Pun begitu, siapa sangka rupanya kedua mereka ini sama sama berasal dari Nepal. Dah kenapa sama-sama cari makan jadi macam tu…
Menurut Harian Metro, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen (JIM) untuk mengenakan sekatan perjalanan keluar dari negara ini kepada dua lelaki berkenaan.
Siasatan pihak polis turut mendapati mangsa dan suspek dalam video terbabit adalah warga Nepal dan masing-masing berusia 26 dan 35 tahun.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan mangsa dan suspek yang identitinya sudah dikenal pasti lapor Harian Metro.
Untuk video, klik di sini
Baca: Jangan gelakkan dia! – Lelaki Dedah Asal Usul Security Guard Nepal di Malaysia, Rupanya Mereka