“Jangan gelakkan dia!” – Lelaki Dedah Asal Usul Security Guard Nepal di Malaysia, Rupanya Mereka…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang perasan, kebanyakan security guard kat Malaysia ni kalau imigran mesti berasal dari Nepal kan? Dan mereka ini pula sangat berdedikasi orangnya macam video yang viral di Twitter kat bawah ni:

Sumber: Twitter

Yang buat orang ramai agak geram sikit dengan video ni, si perakam boleh pulak gelak-gelak ye walaupun security guard tu dah tunjuk keseriusannya. Siap hentak kaki dan tabik lagi! Apa-apapun min tak salahkan pemilik video lah. Sebab mungkin dorang first time nampak guard gigih macam ni!

Sumber: Twitter

 

“Kebanyakan guard kat Malaysia berbangsa Gurkha. Siapa Gurkha?” 

Tapi tahukah korang guard macam kat atas tadi yang berasal dari Nepal ni sebenarnya berbangsa Gurkha. Haa jangan buat main dengan Gurkha ni. Dorang dulu pernah jadi tentera upahan British tau dan berkhidmat kat Malaysia untuk banteras komunis.

Nah admin share perkongsian dari Twitter mengenai asal usul Gurkha di Malaysia:

Sumber: Twitter

 

“Ada satu kisah Gurkha tembak mati Manap Jepun, perisik komunis dekat Pahang…” 

Sumber: Twitter

 

“Kukri. Gurkha dah dilatih main dengan pisau ni sejak umur 5 tahun” 

Sumber: Twitter

 

“Saia kuat! No MC! Gurkha very strong!” 

Sumber: Twitter

Lain kali kalau korang nampak security macam ni lagi, jangan make fun of dorang tau? Respect mereka dan hargai jasa mereka. Kalau kita hormat orang, mesti orang hormat kita balik kan? 

Baca: Kad Akses Disekat, Lelaki Berpangkat Dato’ Ni Naik Angin Terajang Guard Sebab

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!