in

“Pakai tudung bukan kerana Allah” – Kena ‘Bash’ Sebab Galak Wanita Lain Teruskan Niat Untuk Buka Tudung

Tudung Buka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak galakkan orang lain buat sesuatu tu, mestilah kita encourage benda baik kan? Tapi wanita ni pula dikritik sebab galakkan kaum Hawa buat perkara yang terlarang!


Melalui tweet wanita tu yang kini makin viral, dia menunjukkan perubahan diri yang sebelum ini bertudung tapi sekarang dah free hair.

Saya dah bebas dan GEMBIRA.”

https://twitter.com/diandujour/status/1046678939840610307?s=12

Sudahlah tweet dia tu dah cukup sensasi, ditambah pulak dengan thread di mana dia kongsikan DM para wanita lain yang mengaku rasa terbeban sebab terpaksa bertudung. Ermmm…

Malah, dia memang mengalu-alukan sesiapa saja yang nak DM jika ada masalah atau nak bercakap tentang membuka hijab.

Salah satu DM yang buat admin rasa nak share ni di mana seorang wanita berusia 28 tahun akui terpaksa pakai tudung dari umur 11 tahun sebab dipaksa oleh ustazah di sekolah.

Tapi lepas dapat kerja dekat Singapura, dia akhirnya rasa bebas dan buat keputusan untuk buka tudung.

Tiada seorang pun kawan dan ahli keluarga yang tahu sebab mereka adalah orang Islam yang konservatif dan saya rasa takut kalau mereka tahu.”

Dm Wanita
sumber: twitter

Kebanyakan wanita yang share kisah dorang semuanya yang rasa terbeban, terpaksa dan perasaan untuk buka tudung tu membuak-buak.

Wanita ni ada juga nyatakan pendapat dia bahawa setiap orang ada hak untuk jalani kehidupan dengan menjadi diri sendiri. Maksud dia, tidak bertudung dan menunjukkan rambut tu adalah hak asasi manusia tetapi ditidakkan kepada wanita Islam berdasarkan ideologi.

Antara pendapat lain yang wanita ni kata adalah,

Sebab ia adalah kain semata-mata. Tiada kuasa magik pun di bawah kain tu. Pakai (tudung) atau tidak, wanita itu tetap orang yang sama.”

Ada juga lelaki yang DM wanita ni and kongsikan cerita pasal wife dia yang teringin nak buka tudung tapi takut dengan ibu bapa.

Saya beritahu dia yang saya okay saja kalau dia pilih untuk tidak bertudung, saya boleh nampak dia lebih seronok dan yakin dengan diri dia.”

Dm Lelaki
sumber: twitter

Ramai netizen tak berpuas hati dan tegur wanita ni yang terang-terangan menunjukkan dirinya seorang free thinker. Mereka berpendapat bahawa dia tak perlulah nak galakkan orang lain membuka tudung macam apa yang dia lakukan.

“Suka hati awak nak buat apa tapi janganlah galakkan orang lain untuk buat apa yang awak buat hanya sebab awak rasa ianya tak salah.”

“Saya kasihan dengan awak sebab kesukaran yang awak lalui sewaktu pakai tudung. Ada kawan saya lalui benda yang sama. Apa yang saya buat cuma ingatkan mereka untuk tutup aurat kerana Allah, bukan sebab orang lain paksa atau sebab trend. Memang semua seperti paksaan tapi mesti ada hikmah di sebaliknya.”

“Saya pun tak sempurna dalam menutup aurat tapi saya rasa tak bagus jika galakkan orang untuk buat benda yang sama macam awak buat.”

Dengar boleh, ikut jangan. Harap dia dapat hidayah satu hari nanti ?

Baca: Melenting Ditegur Nampak Aurat

Page T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.