in

“Pakai lah VPN sir” – Netizen Terbahak Bila Student Uni Jadikan Website ‘Blue’ Sebagai Sumber Rujukan ‘Assignment’

Porno2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita nak buat satu research untuk sesuatu assignment tu, mestilah kena ada sumber yang sahih. Kalau boleh yang boleh akses tau.


Lagi bagus kalau sumber itu dapat daripada sumber asal, tapi biarlah berpada-pada sikit.

Aduhai, tak tahu lah nak rasa kesian atau kelakar dengan pensyarah dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman ni, masa Teh Peng Hong semak hasil tugasan student-student dia letak satu laman web lucah sebagai salah satu reference dalam assignment dia.

 

Pakai link  P*rnhub sebagai sumber rujukan

Masa dia nak semak satu persatu reference website yang student dia letak untuk assignment tu, salah satu pautan tu dia tak boleh nak buka. Sah-sah lah sebab laman pornografi kan dah kena bloc dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC).

Dengan secara sarkastiknya dalam Facebook post, dia menegaskan kepada student-student yang ada dalam friend list dia untuk berikan sumber yang sahih kalau nak buat reference dalam assignment.

Kepada pelajar saya, tolonglah guna laman web yang saya boleh aksses, saya tertanya-tanya apa materials yang korang rujukkan tu. Terima Kasih”

Dear students, please use website that I can access to it, I am curious of the materials you refer to. Thank you.

Posted by Teh Peng Hong on Tuesday, August 6, 2019

Dengan perkongsian sebanyak 2,700 sejak dimuat naik di Facebook, sah-sah lah netizen terhibur bila melihatnya dan tinggalkan komen suruh dia pakai VPN. Hurm, budak-budak tahu lah pasal benda ni kan?

 

Guna lah VPN Sir – Netizen

1 1 1 1 1 2 1 1 3 4 4

 

Tapi ada juga yang kata tujuan dia adalah untuk research semata-mata. Hurmm, ye ke ni???? Smiley Tongue Out

Mungkin lecturer ni saja nak berlawak kot, kita tak tahu topik apa yang dia cuba nak kaji mungkin ia memerlukan rujukan ini. Admin harap masa dia nak siapkan tu tak adalah ‘berehat’ sekejap. Eh!

 

Baca : Memalukan! Lelaki Malaysia Kena Tahan di Melbourne Airport Sebab Simpan 900 Bahan Porno!

Porno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.