Memiliki kenderaan ini masalahnya bukan sahaja atas jalan tapi dekat rumah pun dah boleh buatkan otak ni rasa kusut.
Jalan jadi sempit sebab kereta yang banyak sekarang buatkan kenderaan lain susah nak lalu, lebih-lebih lagi kenderaan awam yang besar macam bas tu.
Gores dan menang ke tu?
Tular satu video berdurasi 56 saat yang dimuat naik di TikTok dan dikongsikan semula di Twitter apabila kenderaan yang parking tepi jalan telah menyukarkan bas lalu dikawasan tersebut.
Banyak kereta parking di tepi jalan sempit di kedua-dua belah jalan, lebih teruk lagi ada kereta yang parking senget sampai makan ruang.
Orang ramai berada di lokasi kejadian bekerjasama untuk cuba angkat kereta tersebut supaya dapat memudahkan bas tersebut untuk lalu.
Namun selepas bas tersebut dapat lalu, dilihat ada pula pemilik kereta yang park kereta di belah kiri dan kanan tanpa memberi sebarang ruang.
Jadi bas tersebut terus jalan dan waktu ini lah netizen tengok rasa puas dengan tindakan pemandu bas tersebut.
Hari2 bas rapid kena gaduh dengan orang parking kat sini ?? pic.twitter.com/qW4JvfMYmd
— Hello sayang tengah buat apa? (@haeryyyy) February 28, 2021
Berdasarkan pemerhatian netizen, lokasi kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah kawasan perumahan apartment di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Bagi mereka salah satu kesesakan ini berlaku akibat parking yang terhad. Ramai juga menyatakan bahawa kawasan tersebut memang sesak.
Melabelkan sikap mereka yang pentingkan diri sendiri itu, ramai netizen puas hati tengok bas sagat kereta-kereta itu dan namakan ia sebagai insiden gores dan menang.
Dalam weh calar dia tu, aduii botak kepala kalau kena.
Puasnya – netizen
Dalam pada itu, ramai juga netizen dapat rasa ‘sakitnya’ bila lihat kereta kena sagat macam tu sekali.