in

‘Order’ Minum Petang Di Bulan Puasa, Pelayan Ingat Pandelela Rinong Beragama Islam

Untitled design 2022 04 22T114509.518

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang yang terkenal tidak akan buatkan anda terlepas daripada situasi yang kekok dan sukar untuk dijelaskan. Mungkin kita pun pernah terkandas dalam situasi sebegitu, betul tak?

Itulah yang berlaku kepada ratu sukan terjun negara yang juga pemenang pingat Olimpik Dato’ Pandelela Rinong Pamg, atlet kebanggaan Malaysia itu pergi minum petang baru-baru ini di Ipoh, Perak tetapi pelayan itu ingatkan Pandelela seorang yang beragama Islam.


Pandelela, yang berasal dari Sarawak itu, berkongsi kejadian kekok dan sedikit mencuit hati itu dalam media sosialnya.

https://www.facebook.com/pandelelarinongofficial/posts/531016151706419

“Kali pertama dalam hidup saya ditanya sama ada saya orang Melayu (Islam) cuba memesan minum petang pada bulan puasa,” katanya.

Perkara itu sememangnya menghiburkan netizen malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan atlet itu.

clipboard0 vert 1

Difahamkan Pandelela kini berada di Ipoh untuk kem latihan selama enam hari di Pusat Akuatik Tuanku Zara, beliau juga akan menyertai pertandingan dua hari disitu pada 22 dan 23 April sebagai sebahagian daripada persiapan terakhir skuad negara menghadapi Sukan SEA di Hanoi, Vietnam.

Acara dwitahunan itu akan menyaksikan Pandelela bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri untuk acara 10m platform seirama selepas persaraan bekas pasangannya Datuk Leong Mun Yee.

Mungkin sebab pakai mask kot hihi

Baca: Atlet Renang Transgender Dicemuh Lepas Menang Dalam Acara Wanita, Peminat Dakwa Tidak Adil

Untitled design 2022 04 22T114324.841

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.