in

“Orang terawih kau merempit” – [VIDEO] Mat Rempit Berlumba di Simpang Traffic Light, Cedera Lepas Rempuh Kereta

Ft Matrempit

Tular di media sosial beberapa buah video menunjukkan kejadian di mana beberapa penunggang motosikal dipercayai berlumba di Persimpangan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada awal pagi Ahad.

Tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu berakhir dengan dua daripada mereka terlibat dalam kemalangan selepas merempuh sebuah kereta. Salah satu video yang tular itu menunjukkan individu yang merakamkan situasi berkenaan ketika kejadian.

Rempit…rempit malam minggu.”

Video 1️⃣18April2021/SelangorKes kemalangan berlaku pada malam tadi dipersimpangan 4 berhampiran Kompleks Sukan Pandamaran..#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, April 18, 2021

 

Melalui video itu, dua buah motosikal dilihat telah merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat terbabit. Menurut Harian Metro, sebuah video lagi menunjukkan keadaan selepas kemalangan di mana penunggang tersebut terbaring dan ada antara mereka yang mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata,

Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal pertama yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, kini masih mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).”

Penunggang motosikal kedua yang berumur 18 tahun pula patah paha kanan. Manakala pemandu kereta berusia 22 tahun juga mengalami patah paha kanan.”

Polis dilaporkan sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

18April2021/SelangorKes kemalangan berlaku pada malam tadi dipersimpangan 4 berhampiran Kompleks Sukan Pandamaran.#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, April 18, 2021

 

Baca: “Lajuu nak kemana weh”- [VIDEO] Sedih! Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar Di Federal Highway

Fi Langgar