in

“Orang suruh duduk rumah, hang pi main ski kan dah kena” – [Video] Seram! Peluncur Hampir Mati Akibat ‘Runtuhan Salji’ Dekat France

Untitled Design 7 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ski ataupun di panggil luncur salji merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokan. Tu pun kalau negara tu bersalji, kita dekat Malaysia mana ada.

Walaupun ianya nampak menyeronokan tapi, baru-baru ni seorang peluncur dikatakan hampir maut di ‘kejar’ runtuhan salji yang berkelajuan tinggi sebelum ianya menimbus peluncur tersebut, lapor Daily Mail.


Detik yang tak dapat dilupakan itu dirakam oleh kamera GoPro yang diletakkan pada helmet peluncur itu ketika bermain ski di off-piste track, France.

Rakaman itu bermula dengan keindahan alam, gunung-ganang yang cantik diselaputi salji gebu berwarna putih.Cewahh.

T1 1

Kegembiraannya ketika itu hanya seketika sebelum dia pusing kebelakang dan kelihatan ada satu runtuhan salji menuju ke arahnya.

T2 1

Difahamkan runtuhan salji itu terlalu pantas sehingga dia tidak sempat meloloskan diri, akhirnya dia telah ditimbus dalam runtuhan salji tersebut.

T3 1

Korang boleh tengok video detik cemas tu kat sini.

Peluncur tersebut mengatakan situasi ketika itu sangat cemas dia sempat menggunakan beg udara sebelum ditimbus.

Saya sangat-sangat takut, tindakan pantas saya menggunakan beg udara sebelum ditimbus runtuhan itu telah menyelamatkan nyawa saya.

Ianya adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan, 

Walaubagaimanapun, peluncur ski tersebut percaya insiden yang berlaku itu disebabkan seseorang di puncak gunung tidak menungggunya menghabiskan luncurannya terlebih dahulu.

Korang kat luar sana, yang ada plan nak main ski lepas habis musim pandemik Covid-19 ni hati-hati lah ye. Malang tak berbau.

 

Baca: “Seram siot” – [VIDEO] Tengah Syok Buat TikTok, Tiba-tiba Ada Penampakan Lembaga Hitam Dekat Tangga

Feature 2 17 364X205 1

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.