in ,

“Seram siot” – [VIDEO] Tengah Syok Buat TikTok, Tiba-tiba Ada Penampakan Lembaga Hitam Dekat Tangga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aplikasi media sosial TikTok memang popular dalam kalangan remaja di seluruh dunia. Kadang-kadang, yang dah berusia pun join sekaki buat video TikTok ni. 


Namun, dalam kita berseronok buat video tu, jangan terlalu leka sangat sebab baru-baru ini viral tentang seorang penari TikTok diganggu ketika sedang syok buat video, lapor Daily Mail.

Pengguna TikTok tersebut yang dikenali sebagai @reubix_cube telah memuat naik video dirinya sedang menari baru-baru ini. Menurutnya, dia tinggal berseorangan di rumah dan video itu dibuat untuk menghilangkan rasa bosan.

Yang takutnya, rata-rata penonton video tersebut terkejut sebab mereka ternampak macam ada penampakan lembaga hitam yang bergerak di tangga belakang lelaki tersebut.

Korang boleh tengok video tu kat sini.

Ada yang beranggapan mungkin itu hanyalah haiwan peliharaan Rueben. Mungkin kucing kot. 

Namun, menurutnya, dia tidak pernah memelihara haiwan seperti kucing atau anjing dan dia memang tinggal sendirian di dalam rumah tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.7 juta kali. Mesti semua nak dapatkan jawapan tentang bayangan hitam terbabit.

Korang yang suka main TikTok tu hati-hati sikit. Kot-kot ada yang memerhati dari jauh jugak. 

 

Baca: “Sape lemah semangat jgn tengok” – [VIDEO] YouTuber ‘Diganggu’ Masa Tengah Cuba Review Smartphone

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.