“Orang sama ke?”- [VIDEO] Selepas KLCC, Tular Rakaman ‘Karen’ Buat Onar Dekat Bangsar Pula?
![“Orang sama ke?”- [VIDEO] Selepas KLCC, Tular Rakaman ‘Karen’ Buat Onar Dekat Bangsar Pula?](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2021/10/karen-buat-onar-768x404.jpg)
Belum reda lagi pasal kekecohan insiden wanita membuat kecoh di butik Dior, KLCC, muncul pula satu lagi rakaman yang menunjukkan kelibat wanita dari luar negara bergaduh dengan pengawal keselamatan yang dikatakan berlaku di Bangsar Shopping Centre (BSC).
Buat onar lagi?
Dalam video itu dilihat seorang wanita ‘mat salleh’ sedang bertengkar dengan pengawal keselamatan sambil turut merakam video ketika sedang memarahi kakitangan tersebut.
https://twitter.com/anas4fifi/status/1454019197332180996
Berdasarkan pemerhatian menerusi video yang berdurasi 21 saat itu, dilihat kelibat wanita tersebut berambut pendek memakai blaus labuh, berselipar dan berseluar pendek.
Netizen tertanya-tanya gerangan wanita tersebut samada dia adalah orang yang sama atau tidak yang membuat kecoh di KLCC tempoh hari.

Dalam pada itu, dilihat seperti wanita itu tidak memakai pelitup muka dan ia juga mengundang kemarahan netizen kerana melihat tingkah lakunya.
Bagaimanapun sehingga kini identiti pelaku ini masih belum dikenal pasti, dalam pada itu, ramai netizen memintar agar tindakan setimpal dikenakan kepada wanita ini.
Baca : Komen Harith Iskander Isu ‘Karen’ Buat Hal Dekat Dior Buat Netizen Panas?
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.




