“Orang kaya kahwini orang miskin boleh kurangkan kadar kemiskinan negara”- Menteri Indonesia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy mencadangkan agar orang kaya berkahwin dengan keluarga dari pendapatan rendah.

Katanya alasan itu boleh menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan negara.

Muhadjir berkata, di Indonesia sebagai negara yang mempunyai populasi masyarakat muslim paling ramai, ajaran agama supaya mencari pasangan yang sesuai dan setara untuk dikahwini telah disalahfaham, lapor The Jakarta Post.

Sumber: Radar Pagi

“Apa berlaku kalau orang miskin mencari pasangan yang miskin (untuk berkahwin)? Akan lebih banyak isi rumah yang miskin. Ini masalah di Indonesia.”

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan berkata mengikut data kerajaan, jumlah isi rumah miskin di negara itu kira-kira 5 juta.

Jumlah isi rumah Indonesia adalah kira-kira 57.1 juta dengan 9.4 peratus atau bersamaan 5 juta daripadanya dikategorikan sebagai miskin. Jika ditambah isi rumah hampir miskin, kira-kira 16.8 peratus atau bersamaan 15 juta isi rumah”

Gambar hiasan

Malah Muhadjir juga mencadangkan kepada Menteri Hal Ehwal Agama untuk mengeluarkan fatwa supaya “orang miskin dikehendaki mencari yang kaya (untuk berkahwin) dan yang kaya perlu mencari yang miskin”.

 

Dalam drama banyak lah, in real life? 

Baca : Dasar orang kaya ambil kesempatan! Ali Puteh Cabar Bersemuka Dengan Alif Syukri, Punca Bengang Dengan Kakak Ipar?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.