Operasi JPJ Pulau Pinang Lumpuh Gara-gara Isteri Kantoikan Kegiatan ‘Suami Gatal’ Kepada SPRM?

Sebab itulah orang kata, jangan suka-suka curang di belakang isteri. Wanita ni kalau hati mereka telah dinodai, haa macam-macam perkara yang tak terjangkau yang mereka boleh buat.

Sebelum ni, korang pasti dah tahu tentang berita mengenai 24 anggota JPJ Pulau Pinang yang ditahan SPRM gara-gara kes terima rasuah daripada pemandu lori dan firma pengangkutan. Tapi ramai juga yang tertanya-tanya bagaimana kes ini boleh diketahui SPRM?

Menurut Free Malaysia Today, perkara ini telah ‘dikantoikan’ oleh seorang wanita yang juga merupakan isteri kepada salah seorang suspek yang ditahan. 

 

Hubungi SPRM lepas gagal pujuk suami untuk tidak curang

Semuanya bermula apabila isteri suspek membongkar sindiket perlindungan tersebut lepas diceraikan suaminya.

Wanita yang terluka akibat sakit hati itu menghubungi SPRM dan menyerahkan rekod urus niaga sindiket lepas gagal pujuk suaminya dari tidak meninggalkannya untuk wanita lain. Bro lu cari pasal betullah!

Akibat daripada tindakan wanita ini, SPRM telah membuat tangkapan terbesar yang pernah dilakukan oleh agensi tersebut ke atas sebuah badan kerajaan. Sehingga ini lebih 100 orang telah disoal siasat, termasuk 75 daripada 139 pegawai penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.

Semenjak 17 April lepas juga 50 pegawai JPJ telah ditahan dan 3 peringkat tangkapan juga telah dibuat.

Sumber: BERNAMA

 

JPJ Pulau Pinang lumpuh hanya kerana seorang wanita

Siasatan yang dilakukan oleh SPRM ini telah hampir melumpuhkan operasi JPJ Pulau Pinang sejak 2 minggu lepas sehinggalah Putrajaya mengarahkan JPJ Perak untuk menghantar pegawainya mengambil alih tugas mereka yang disoal siasat.

Menurut sumber, sebelum ni juga kesemua pegawai JPJ Pulau Pinang tahu mengenai masalah yang dialami wanita tersebut dengan suaminya dan mereka telah pun bercerai pada bulan lepas.

“Beliau kecewa kerana suaminya mahu meninggalkannya dan telah berusaha untuk berdamai, tetapi gagal,” kata sumber.

“Wanita itu juga meminta sejumlah wang sebagai satu bentuk bayaran nafkah, tetapi lelaki itu enggan memberi satu sen pun walaupun memperoleh banyak wang daripada sindiket berkenaan.”

Sumber: FMT

Walau bagaimanapun, info dari sumber terdekat ini masih belum dapat dipastikan lagi kerana pihak SPRM masih belum memberi pengesahan.

Fuh sampai begitu jadinya ye. Itulah.. jangan main-main dengan hati wanita ni. Besar padahnya! 

Baca: 24 April Ini, JPJ Penang Nak Lelong Kereta Sita Dengan Harga Serendah RM700!

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!