in

Obses Mahu Jadi Makhluk Asing, Lelaki Brazil Belanja Hampir RM200k

cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat ramai yang membelanjakan wang untuk mencantikkan wajah dan kelihatan berketerampilan, seorang lelaki dari Brazil memilih untuk membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk kelihatan seperti makhluk asing.

Marcelo ‘B-Boy’ De Souza Ribeiro, seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran ‘lelaki ubah suai dunia’ telah membelanjakan sekitar £29,000 (RM173,871.67) untuk mencapai impiannya itu.


Meskipun tubuh badan lelaki berusia 40 tahun itu sudah mempunyai 1,500 tatu, namun dia merasakan ia masih belum selesai. Menurut Marcelo, proses untuk menjadi ‘makhluk asing’ baru mencapai 98 peratus. Dia bercadang untuk mengerat jari telunjuk dan membelah tangannya menjadi dua.

Jam Press JMP151874

Sambungnya lagi, dia merancang untuk membuang lebihan otot dan kulit bagi penampilan seterusnya. Difahamkan, dia telah mengkaji pengubahsuaian tubuh yang dilakukan di dunia dan masih belum ada yang unik seperti dirinya.

“Saya mengkaji pengubahsuaian tubuh yang dilaksana di dunia dan daripada apa yang saya lihat, belum ada lagi yang melakukan seperti saya.

“Saya mendapat inspirasi daripada filem dan dokumentari mengenai UFO. Penampilan yang saya cari pada tangan saya adalah menyerupai makhluk angkasa lepas,” kata artis tatu dari Sao Paulo, Brazil itu.

Lelaki itu mula mengubah dirinya pada Februari lalu apabila dia berjaya mengeluarkan lebihan minyak dan lemak di tangan kiri untuk kelihatan lebih langsing. Selepas itu, dia mula tertarik untuk mengubah anggota badan yang lain.

Untuk rekod, Marcelo berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan perubahan yang dilakukan dan mendapati semakin ramai yang menyukai penampilan baharunya itu.

Kredit: Harian Metro

BACA: Demi Cinta Pada Satish, Wanita Cacah Tatu Nama Pasangan Pada Dahi

Screenshot 2023 07 09 163631

Sumber: LADbible

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.