in

Demi Cinta Pada Satish, Wanita Cacah Tatu Nama Pasangan Pada Dahi

cacah tatu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, cinta itu boleh membutakan. Bila kita terlalu cinta dan sayang kepada seseorang, kita akan berasa mahu melakukan semua perkara untuk membuktikan cinta kita kepada mereka.

Begitulah kisahnya buat seorang wanita yang tular baru-baru ini apabila dia memilih untuk mencacah tatu nama pasangan pada dahinya.


Video ini dikongsikan menerusi akaun Instagram sebuah kedai tatu di India.

Menerusi video tersebut, seorang individu dilihat menampal sekeping kertas tertera nama ‘Satish’ pada dahi wanita berkenaan. Selepas itu, lelaki tersebut mula melukis tatu, sambil wanita itu mengerutkan dahi kerana menahan kesakitan.

2 4

Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Kebiasaannya, pelanggan akan melukis tatu dengan rekaan cantik dan bermakna sebagai tanda ingatan, namun pilihan wanita ini yang memilih nama pasangannya ternyata membuat orang ramai garu kepala.

Menurut seorang individu, wanita ini tidak berfikir dengan panjang ketika membuat keputusan.

Individu ini memberi situasi di mana wanita ini akan menyesal apabila dia tidak lagi bersama pasangannya, namun nama pasangannya masih akan kekal pada dahi.

1 2 3

Ada juga yang mengatakan sebesar mana pun cinta kita terhadap seseorang, kita perlu berfikiran waras dan tidak kelihatan seolah-olah hidup berpaksikan cinta.

Bagaimanapun, wanita tersebut kelihatan ceria ketika proses melukis tatu dilakukan. Semoga pasangan wanita ini menghargai pengorbanan yang dilakukannya.

Sumber: Instagram

BACA: Remaja Buli Rakan Sekolah, Cacah Tatu Ikan Kap Secara Paksa Pada Kaki Mangsa

cats 77

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.