in

“Nyawa masih panjang” – Bekas Pesakit Kanser Umur 102 Tahun Berjaya Kalahkan COVID-19 Dua Kali

Angelina Friedman 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berpantang maut sebelum ajal, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami wanita ini.


Angelina Friedman yang berusia 102 tahun diraikan oleh anak perempuannya selepas dia berjaya menewaskan virus COVID-19 buat kali kedua.

Angelina Friedman E1607143780275

Juga merupakan bekas pesakit kanser, Angelina yang berasal dari Westchester, New York, Amerika Syarikat, pertama kali didiagnos dengan virus pembawa maut itu pada April lalu selepas pergi ke hospital untuk satu prosedur minor.

Sejurus pulang, Angelina mula mengalami demam panas selama beberapa minggu. Walau bagaimanapun, dia akhirnya disahkan bebas COVID-19 pada akhir bulan April.

Angelina dilaporkan sempat menyambut berita gembira itu bersama keluarganya sebelum dia sekali lagi disahkan positif COVID-19 pada Oktober.

Angelina E1607143923909

“Ibu saya mula menunjukkan simptom virus seperti demam panas dan batuk kering. Pada mulanya, mereka menyangka dia hanya mengalami demam biasa kerana peratusan untuk dijangkiti semula virus berkenaan rendah,” kata anak perempuan Angelina.

Namun begitu, Angelina disahkan negatif semula selepas menjalankan ujian sebanyak dua kali pada bulan November.

Angelina Friendman E1607144065652

Apabila disoal mengenai apakah rahsia ibunya berjaya menewaskan COVID-19 buat kali kedua, anak perempuan wanita itu hanya menjawab,

“Ibu saya seorang yang kuat. Dia mungkin bukan orang tertua yang berjaya menewaskan COVID-19, namun dia mungkin adalah orang paling tua yang berjaya mengalahkan virus itu sebanyak dua kali.”

Sumber: Metro UK

Baca: “Siapa cakap batal?” Pengantin Perempuan Positif COVID-19, Perkahwinan Tetap Dilangsungkan Melalui Tingkap

Ft Kahwin 1 E1607143474689

Sumber: CNN
Sumber: Pix
Sumber: NBC News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.