in

“Nyaris jadi kentang lecek” – Kanak-Kanak Hampir Jadi Mangsa Tragedi Lepas Sembunyi Dalam Tong Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini yang suka main sorok-sorok ketika zaman kanak-kanak? Kalau semua sepupu berkumpul dulu, mesti permainan sorok-sorok ni lah yang akan dimainkan terlebih dahulu. Paling best bila orang tak jumpa kita sebab tempat menyorok tu strategik. 


Namun, lain pula ceritanya buat kanak-kanak dari Florida, Amerika Syarikat ini. Tindakannya menyorok dalam tong sampah besar di luar rumahnya nyaris jadi tragedi apabila pada waktu yang sama, lori sampah datang angkut sampah, lapor Huffpost.

Elias Quezada yang berusia 7 tahun itu panik sebab dia nyaris terkena bilah dalam lori sampah yang digunakan untuk memampatkan sampah.

Saya takut yang saya akan jadi ‘kentang lecek’ ketika berada dalam tempat sampah itu,” katanya.

Namun, nasib kanak-kanak ini baik sebab Waldo Fidele, pemandu trak sampah tersebut perasan kehadiran budak ni menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lori terbabit. Kalau tak nampak time tu, tak tau lah apa jadi kat dia ni. 

 

Saya rasa macam hari tu hari yang teruk buat saya. Saya juga takut pada ketika itu,” kata Fidele kepada Fox 13.

Fidele bergegas menghubungi 911 untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Menurut nenek Elias, perkara itu berlaku dengan sangat pantas. Kanak-kanak tu baru je keluar rumah dan tiba-tiba dia terdengar bunyi trak dan jeritan seorang lelaki.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan budak lelaki itu juga hanya cedera ringan. Dia juga mengatakan dia tidak menyukai mana-mana tong sampah lagi.

Menurut Fidele juga, kanak-kanak itu nampak gembira lepas dia diselamatkan. Rasanya dia happy sebab lega akhirnya dapat keluar dari lori tu. 

Kanak-kanak tersebut dan keluarganya juga bersyukur dan berterima kasih dengan pemandu lori sampah tersebut. 

Sumber: Huffpost, WFLA-TV, Fox 13 News

Baca: “Boleh tembus alam lain ke kalau termasuk lubang tu?” – Kecoh! Jalan Sesak Gila Depan Zouk, Rupanya Ada Lubang Besar 

Sumber: HUFFPOST
Sumber: Fox 13 News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.