in

“No comment” – Pergi Konsert Coldplay Berdua, Daiyan Trisha Enggan Ulas Hubungan Dengan Aedy Ashraf

Aedy Ashraf Daiyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia hiburan tempatan baru-baru ini kecoh dengan tularnya gambar dua pelakon muda iaitu Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha yang kelihatan mesra ‘layan’ konsert kumpulan pop terkemuka Coldplay di London.


Pun begitu, pelakon cantik manis Daiyan Trisha memutuskan untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hubungannya dengan Aedy Ashraf.

Menurut laporan Kosmo!, kedua-dua pelakon muda itu sebelum ini pernah bekerjasama dalam sebuah drama siri Project: Anchor SPM beberapa tahun lepas dan sejak daripada itu mereka selesa berkawan.

Aadt

“Bab hubungan istimewa itu no comment,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Penat itu juga menyatakan, tiket konsert Coldplay di Stadium Wembley, London yang mereka pergi baru-baru ini merupakan hadiah hari jadi istimewa daripada Aedy.

“Saya baru pulang dari New York dan London. Ketika berada di London, saya berpeluang menonton konsert kumpulan kegemaran saya, Coldplay.

Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan pula, tiket untuk konsert itu diberikan oleh Aedy sebagai hadiah hari lahir saya sejak tahun lepas lagi.

Jadi, saya dan Aedy ambil keputusan untuk pergi berdua menonton konsert berkenaan,” katanya.

Hmm, apa agaknya hubungan dorang ni eh? Tapi kalau dah jodoh apa salahnya kan? 

Baca: Pelakon Tengah Nak ‘Up’ Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur?

Collage 56

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.