Bagi umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji, lazimnya akan mengusahakan ibadah korban.
Antara binatang korban yang disyariatkan seperti unta, lembu dan kambing dengan tujuan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Di media sosial, dapat dilihat ramai yang berkongsikan suasana ibadah korban di tempat masing-masing tapi lain pula dengan kisah ini.
Tular di TikTok, sebuah video memaparkan seorang lelaki yang dikatakan baru memeluk Islam mahu menjalani ibadah korban.
Artikel berkaitan: “Ada mi tarik!” – Pemuda Kongsi Suasana Cina Muslim Sambut Raya Aidiladha Di Klang
Artikel berkaitan: Kenakan Bayaran Terlalu Tinggi Untuk Ibadah Korban, Mufti Tegur Orang Tengah
Lelaki mualaf dari Papua, Indonesia ini membawa seekor haiwan ternakan untuk dijadikan korban pertamanya setelah menganut agama Islam.
Bagaimanapun, ketika dia menghantar haiwan ternakan itu di kawasan masjid, seorang ustaz yang berada di situ terkedu apabila mendapati haiwan terbabit merupakan seekor babi.
Dalam video terbabit, individu itu dipercayai masih belum memahami sepenuhnya ajaran Islam lebih-lebih lagi mengenai konsep halal dan haram.
“Kerana belum faham, seorang mualaf di Papua membawa haiwan korbannya ke masjid untuk disembelih,” tulisnya.
Disebabkan terkejut melihat jenis haiwan korban yang dibawa, mereka sempat berseloroh ia sesuai dibuat sebagai mas kahwin.
Walaupun rasa geli hati dengan kejadian itu, rata-rata netizen memuji niat murni mualaf terbabit yang sudah bersedia untuk menjalani ibadah korban.
Harap mualaf ini diberi bimbingan dengan sebaiknya…
Sumber: TikTok