in

“Ada mi tarik!” – Pemuda Kongsi Suasana Cina Muslim Sambut Raya Aidiladha Di Klang

Cina 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang hari raya korban, ramai sudah tahu kemeriahan sambutan itu di Malaysia dan ketika itu ramai orang Islam akan bekerjasama melakukan ibadah korban di tempat masing-masing.

Pun begitu, mungkin ada antara kita yang tidak tahu mengenai komuniti Cina Muslim di Malaysia yang turut menyambut hari raya Aidiladha mengikut tradisi mereka. Satu video yang dikongsi oleh @eatai786 di TikTok memaparkan kemeriahan sambutan yang dijalankan di Klang, Selangor.


Sambut kecil-kecilan tapi meriah

Seperti biasa, pada pagi hari raya masyarakat Cina Muslim berkumpul untuk solat sunat Aidiladha dan bertakbir bersama-sama. Untuk sarapan, ada sarapan nasi lemak bungkus, kuih-muih disediakan untuk para tetamu menjamahnya sebelum ibadah korban bermula.

Artikel berkaitan: Viral Setiap Kali Aidiladha, ‘Abang Baju Oren’ Tampil Nyanyikan Semula Lagu Panggilan Haji

Artikel berkaitan: Perempuan Cina Berhijab Kongsi Pengalaman Sebagai Seorang Muslim di China

Ramai lelaki daripada pelbagai lapisan umur telah bekerjasama melakukan ibadah korban lembu bermula daripada mengawal lembu sehinggalah menyembelih haiwan itu.

Makan mi tarik daging Lanzhou

Bagi mengekalkan tradisi masyarakat Cina, mereka turut menyediakan pelbagai makanan seperti mi tarik dan dumpling yang dimasak beramai-ramai di tempat tersebut. Pemuda yang berasal dari Lanzhou, China itu turut makan mi tarik, sup daging dan makanan lain yang disediakan.

Selain itu, dia turut mencuba makanan tradisi dari China yang dinamakan ‘youxiang’. Menurut laman web inews, ‘youxiang’ selalunya dimasak ketika hari raya oleh masyarakat Hui dari China.

Sedang kaum lelaki membuat kerja-kerja memasak, kanak-kanak serta ibu mereka membuat beberapa aktiviti seperti mewarna dan lain-lain.

@eatai786

How does Chinese Muslim Celebrate the EID in Malaysia? | 5 minutes vlog about the ceremony, food, people and culture. Eid Mubarak to all the brothers and sisters, wherever you from, whatever race you are, we are all united by Islam.#eat爱 #chinesemuslim #eidmubarak

♬ 原声 – EatAi亦太(HalalFoodie) – EatAi亦太(HalalFoodie)

Temu ramah cikgu dari keturunan Han

Selain itu, pemuda tersebut sempat menemu ramah seorang wanita Cina Muslim yang tinggal di kawasan itu yang mana dia sudah tinggal di Malaysia sejak 7 tahun yang lalu. Dia juga sudah 10 tahun memeluk Islam dan berbangsa Han dari China. Dia bekerja sebagai guru bahasa Mandarin di salah sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia.

Cina 9
Sumbe: tiktok

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat suasana masyarakat Cina Muslim yang menyambut hari raya Aidiladha di Malaysia.

Cina 1

Meriah tengok diorang sambut..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.