Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?

Tambah ke Sumber Pilihan
Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?

Seorang TikToker terkejut apabila ada seorang pelanggan yang berkeras mahukan makanan yaang dijualnya secara percuma, kisahnya bermula apabila TikToker yang dikenali sebagai @_shafiqnizamini ada menjual makanan cube popis di sebuah Food Festival baru-baru ini.

Dalam beberapa hari ia dijalankan, Shafiq ada membuat pengumuman untuk memberikan makanan yang dijualnya itu secara percuma kepada ibu mengandung.


Artikel berkaitan : “Saya tiru kata tak sedap” – Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Hamil Mengidam Makanannya Lepas Suami Cuba Masak Gagal

Artikel berkaitan : Gara-gara Nak Rebut RM10K, Tular Video Wanita Hamil Terjatuh Ditolak Orang Ramai?

Namun begitu, ada seorang ibu hamil ini salah tafsir apa yang dia maksudkan, ketika gerai itu didatangi oleh wanita ini, Shafiq mendakwa wanita itu mahukan 5 bungkus makanan itu secara percuma.

Terkejut dengan permintaan wanita itu, Shafiq menjelaskan bahawa makanan percuma itu khusus untuk ibu mengandung itu sahaja dan dihadkan untuk satu bungkus sahaja.

“Ya memang saya ada beritahu ibu mengandung datang dapat percuma, maksud saya macam tu kalau akak datang dengan husband akak, akak beli 2, saya akan bagi free satu, bermakna satu tu untuk akak, yang husband akak punya tu kena bayar.”

“Hari ini ada satu kejadian, akak tu dia nak beli 5, dia mengandung, nampak perutnya, lepastu aku dah bagi dia, so aku kira total tu 4 je lah sebab satu lagi free, lepas dia kata aik? Awak kata free?”

Tergamam dengan kenyataan wanita itu, Shafiq menjelaskan hal sebenar, namun dia dipersalahkan semula kerana tidak beritahu awal-awal.

Enggan memanjangkan isu, Shafiq hanya berikan sahaja kesemua bungkusan makanan itu kepada wanita tersebut.

Video yang telah meraih 1.4 juta tontonan ini telah mengundang komen sinis netizen buat wanita terbabit dan ada yang melabelkan bahawa wanita itu sengaja ambil kesempatan.

Wanita Mengandung Ambil Kesempatan Wanita Mengandung Ambil Kesempatan 2

Kalau ikut logik, orang berniaga bagi free takkan lah sampai banyak tu. Lagi satu takkan lah sampai nak ambil 5, tak segan ke?

Sumber : TikTok

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Niat Peniaga Nak Bagi Free Dekat Ibu Hamil, Tapi Ada Yang Berkeras Minta Sampai 5 Bungkus Makanan?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/niat-peniaga-nak-bagi-free-dekat-ibu-hamil-tapi-ada-yang-berkeras-minta-sampai-5-bungkus-makanan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM