in

“Ni bukan walk-in tau…” – [VIDEO] Penginap Hotel Berang Servis Staf Tak Setaraf Dengan ‘Title’ Hotel 5 Bintang

Page Hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah dapat cuti panjang, mestilah kita nak pergi bercuti dengan keluarga, betul tak? Lagi-lagi kita dah boleh untuk rentas daerah dan negeri.


Sebelum nak pergi bercuti, memang tempahan hotel untuk menginap menjadi satu benda wajib. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak book hotel, biar dapat yang 5 bintang. Haa, gitcheww…

Dalam fikiran kita, kalau dah tempah hotel yang bertaraf 5 bintang, mesti dah terbayang servis yang diberikan juga akan setaraf dengan ‘title’ kan? Tetapi, semalam kecoh di TikTok mengenai satu video yang dikongsikan oleh @azz_azrenn.

Video itu telah mendapat perhatian orang ramai kerana cara staf hotel bertaraf 5 bintang memberi layanan kepada penginap hotel yang telah menempah hotel secara atas talian dipercayai meminta mereka batalkan penginapan mereka kerana terlalu ramai pengunjung yang datang pada hari yang sama.

Dalam video yang sama, kedengaran wanita menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan mengatakan bahawa perkara tersebut seharusnya diberitahu lebih awal dan dia juga menegaskan yang dia telah menempah bilik di hotel itu lebih dari seminggu lepas.

“Ni bukan walk-in tau, dah lah tak boleh refund” – Wanita dalam video

Hotel Komen 1

Hotel Komen 2

Orang ramai kongsi nasib yang sama di Twitter

Bukan itu sahaja, video tersebut juga telah viral di Twitter kerana ramai juga yang berkongsikan kisah sama tentang nasib mereka yang kena ‘sidai’ berjam lamanya di lobi hotel tersebut. Siap berbalas gambar dari setiap angle haa!

Malah ada yang memberitahu bahawa ramai staf di hotel 5 bintang itu telah berhenti kerja kerana management yang teruk kerana dikatakan hotel tersebut kerap ‘songlap’ duit pelanggan. Eh, betul ke ni. Korang jangan main-main tau…

Twitter

Hotel 1

Oleh sebab itu, ramai dinasihatkan untuk memilih dengan teliti hotel yang ingin diinap bersama keluarga. Ini kerana, kadang-kadang kita terlepas pandang feedback dari penginap yang lain. Rancang dahulu betul-betul, kemudian baru book.

Bila servis memuaskan hati, barulah seronok nak bercuti… Ehh, dah macam pantun pula.. Hehe..

Baca: Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur

Food

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.