Memang dah jadi kebiasaan sejak dulu, kalau ada hari istimewa macam hari jadi ke, hari ibu atau hari bapa, mesti kita nak bagi hadiah atau buat surprise kan?
Tapi pernah tak hadiah yang korang beli tu tiba-tiba terjatuh atau terbang? Yaaa anak muda, terbang.
Nak buat surprise tapi…
Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok tentang satu kejadian yang tak tahu nak kata sedih atau kelakar.
Kisahnya seorang wanita dikenali sebagai Nafira merupakan penjual surprise box selain mengambil tempahan untuk chocolate bouquet. Namun pengalaman baru dialami oleh dia ketika hendak menunjukkan suprise box yang digubah sempena Hari Ibu lalu.
Dalam video tersebut kelihatan bahawa kotak tersebut diikat sekali bersama sebuah belon dengan ucapan ‘Selamat Hari Ibu’ tertera padanya. Tapi lain pula yang jadi, apabila dia buka je simpulan riben pada belon terlihat susunan duit yang dilekat bersama turut terbang.
Video tersebut ada dikongsikan melalui akaun TikTok @queenfloranafira dan sehingga kini meraih lebih dari 4 juta views.
@queenfloranafira
Tambah Nafira lagi, dia memberitahu bahawa jumlah duit dalam kotak tu sebanyak RM 300 dan nasib baiklah hanya empat keping duit saja yang terbang. Puncanya adalah sebab tali dengan duit itu tak melekat pada tape dilekatkan.
“Jumlah semua RM 300, tali dgn duit tak kena tape. Nasib 4 helai kat depan ja terkorban. Kalau tak sis pun nangis.”
@queenfloranafira Reply to @anggunthebunga jumlah semua rm300? tali dgn duit tak kena tape. Nasib 4helai kat Depan ja tekorban. Klau tak sis pun nangis #fypp
Real definition of ‘duit melayang’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat terhibur dengan kejadian itu. Ada juga berdoa supaya duit itu akan jatuh kepada orang yang betul memerlukan.
Nasib baiklah beberapa keping je, kalau semua tu mahu menangis oi.