Netizen Puji Nenek 80 Tahun Ini Beri Tempat Duduk Pada Lelaki Berusia 90 Tahun Dalam Bas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Netizen Puji Nenek 80 Tahun Ini Beri Tempat Duduk Pada Lelaki Berusia 90 Tahun Dalam Bas

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Kita hidup dalam satu negara perlulah sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan usia. Baru-baru ini, tular satu rakaman pendek di mana seorang nenek berusia 80 tahun, memberikan tempat duduknya kepada seorang lelaki tua yang berusia 90 tahun di dalam bas. Fuhh salute!

Sumber: Nextshark

Menurut Nextshark, kejadian itu berlaku di bandar Guiyang, China. Dapat dilihat menerusi rakaman video tersebut, nenek tua itu dengan segera bangun lalu memberikan tempat duduknya kepada lelaki tersebut sebaik sahaja dia berdiri di hadapannya.

Menerusi rakaman itu juga, nenek tersebut tersenyum lebar seolah-olah puas dengan apa yang  dilakukan pada waktu itu. Malah, ketika menawarkan tempat duduk, dia sempat berkata kepada lelaki berkenaan,

“Saya lagi muda sikit daripada awak.”

Rata-rata penumpang  pada waktu itu terharu dengan apa yang dilakukan olehnya. Siapa sangka wanita seusia itu boleh menawarkan tempat duduknya, sedangkan sebenarnya pasti ada orang muda lain yang boleh berbuat demikian. Situasi seperti ini jarang-jarang sekali berlaku.

Tindakan nenek itu sempat dirakam oleh salah seorang penumpang yang ada pada waktu itu. Menurut Shanghaiist, rakaman video ini juga turut tersebar luas menerusi laman sosial di China dan rata-ratanya memuji sikap baik nenek tersebut.

Inilah sebenarnya tingkah laku yang patut dicontohi oleh kita semua, tidak kira tua atau pun muda. Harap kisah ini dapat dijadikan tauladan agar selepas ini kita lebih menghormati antara satu sama lain ya 🙂

Baca: Gadis Jual Sandwic di Ukay Perdana Tarik Perhatian, Netizen Puji Usaha Cari Rezeki Halal

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.