in

Netizen Kecam Insiden Gerai Air Diserang Hanya ‘Gimik Marketing’, Shuk Sahar Reda Kalau Orang Kata Dia Penipu

Air Terbalik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan pelawak dan bekas penyampai radio Hotfm, Shuk Sahar telah diserang di gerai jualan airnya oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.


Video tersebut viral di media sosial dan rata-rata netizen menganggap insiden tersebut hanyalah drama semata-mata dan Shuk gunakannya sebagai ‘gimik marketing’ demi menaikkan jualan gerai airnya. 

Lakonannnnn

 

“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu” – Shuk 

Susulan dakwaan dan kecaman daripada netizen yang diterimanya akibat video tersebut, Shuk telah memuat naik video meminta maaf dan membuat penjelasan sudah berbaik dengan lelaki yang terbabit dalam pergaduhan itu di Instagram.

Menurut Shuk, dia dan lelaki berkenaan sudah saling bermaafan dan Shuk sendiri sudah memadam video pergaduhan berkenaan kerana tidak mahu memanjang isu berkenaan.

Shuk juga menjelaskan yang dia reda jika dituduh penipu oleh netizen kerana menjelaskan perkara sebenar pun tidak akan menukar pandangan orang terhadap dirinya, lapor Astro Gempak.

Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. 

“Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal,” katanya.

Ssss

Malah Shuk juga tidak membuat laporan polis kerana pemuda terbabit sudahpun memohon maaf dan berjanji bertemu dengannya selepas menghantar DM di IG.

“Dia DM saya di IG selepas mengetahui video yang saya rakam di IG story menjadi tular.

“Saya tidak menyimpan dendam dan saya maafkan dia serta bersedia untuk bertemu dengannya,” kata Shuk sebelum memuat naik video mereka bermaafan di media sosialnya semalam.

Dalam pada itu, Shuk kini memberitahu selepas kehilangan kerjaya sebagai penyampai radio, dia kini sedang fokus dengan bisnes kedai makannya yang bakal beroperasi tidak lama lagi di Denai Alam.

Harap tak adalah lagi insiden yang macam ni berlaku lagi. 

Baca: [VIDEO] Lelaki Sindir Syuk Tiada Kerja & Berniaga Tepi Jalan Sebelum Mengamuk Di Gerai Minumannya

Shuk 1

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.