in

Nekad Langgar Palang RFID Lepas Banyak Kali Tak ‘Detect’, Netizen Kongsi Pengalaman Sama

1Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pemandu di Malaysia diberikan tiga pilihan untuk membuat pembayaran tol di plaza tol yang mereka lalui. Antara pilihan itu ialah pembayaran menggunakan Touch N Go, SmartTag dan yang terkini Indentifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Sebenarnya RFID ni kadang-kadang detect, kadang-kadang tak detect. Penat undur dan try banyak kali tapi masih tak detect jugak.


Disebabkan masalah tersebut, seorang pemandu Myvi ni nekad melanggar palang RFID di tol. Korang boleh tengok dia langgar palang tu dalam  video @MALAYSIAVIRALL kat bawah ni.

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1520252996701278208?s=21&t=YxwNuNb0BtpTP76VVXew9g

Geram sangat lah tu

Aduhh… nak tergelak pun ada min tengok video tu. Ya lah, banyak kali reverse pun tak masih tak boleh lalu lagi. Kalau kita yang kena pun, mesti kita geram juga.

Screenshot 2022 05 01 At 11.16.24 Am

Geram kan. Tak pasal-pasal rasa bersalah dengan driver lain yang kat belakang. Buatnya jalan tengah sesak pulak, memang naya lah.

Screenshot 2022 05 01 At 11.15.41 Am

Kalau dah tolak duit tapi palang tak naik macam ni susah gak. Tak pasal-pasal kita yang rugi. Rugi duit dan rugi masa nak tunggu kes tu selesai.

Screenshot 2022 05 01 At 11.15.21 Am

Oh sebenarnya elok je RFID ni. Min baru tahu. Tapi itu lah banyak je dengar kes pasal RFID ni sampai min sendiri pun takut nak pasang lagi.

Screenshot 2022 05 01 At 11.14.46 Am

Siapa je yang berani lawan King of The Road ni. Bukan setakat kereta biasa, palang RFID pun dia boleh langgar tau.

Screenshot 2022 05 01 At 11.14.20 Am

Yang ni betul. Min selalu nampak ada kereta stuck dekat laluan RFID. Mungkin sebab salah pasang sticker tu kot, sebab kereta lain elok je lalu.

Screenshot 2022 05 01 At 11.14.09 Am

Betul gak tu satu lane je untuk RFID ni. Rasanya ramai orang masih kurang yakin kot dengan RFID dan lebih selesa pakai Touch N Go. 

Baca: “Dah masuk RFID,  jangan keluar ikut SmarTag pulak” – Pengguna Kena Caj Sampai RM 37.15

Screenshot 2022 05 01 At 11.25.22 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.