in

Nazri Sokong Kepimpinan Tun M

Page 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz baru sahaja mengaku secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor Utusan.


Image 6
sumber: utusan

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengatakan bahawa sokongannya itu berdasarkan rekod beliau sendiri sepanjang berada dalam bidang politik iaitu bersih daripada melawan atau menentang Perdana Menteri.

Bukan itu je, Nazri yang juga merupakan bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata sokongan itu disuarakan kerana masyarakat telah membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), maka peluang wajar diberikan kepada PM sekurang-kurangnya dua tahun.

2 8
sumber: blog

“Tiada masalah, beliau Perdana Menteri saya dahulu. Saya tak pernah tinggalkan UMNO, beliau tinggalkan UMNO tapi beliau sekarang Perdana Menteri, kita kena sokong, saya tiada rekod lawan Perdana Menteri.

“Selama 28 tahun saya berada dalam kerajaan, jadi selepas tempoh tersebut saya hendak membangkang kerajaan, agak susah melainkan mereka ada membuat kesalahan, lagipun saya memang tiada budaya menentang Perdana Menteri.”

Menurut Malaysiakini, Nazri juga turut menyatakan rasa terkejut dengan nilai rampasan RM100 juta di kediaman yang dikaitkan dengan bekas PM Datuk Seri Najib Razak kerana tidak pernah tahu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memiliki barangan mewah sebanyak tu.

3 6
sumber: astro awani

“Saya tidak tahu tentang Rosmah. Saya tak tahu SRC International Sdn Bhd (SRC).

“Jadi kita kena benarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk buat penyiasatan dan kalau ada kes prima facie, dakwalah.

“Saya baru tahu duit RM100 juta, takkan saya nak marah Perdana Menteri kalau dia buat macam tu (siasat). Itu sahaja.”

Baca: Najib Mungkin Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Najib Sedih 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.