“Nasib baik sempat hentikan api…” – Lelaki Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nasib baik sempat hentikan api…” – Lelaki Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya…

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak membakar bahagian bumbung sebuah masjid sehingga menyebabkan kekecohan.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan insiden tersebut berlaku di Masjid Mukim Bunohan, Tumpat, Kelantan kira-kira pukul 12.30 malam.

Artikel berkaitan: Majlis Perkahwinan Bertukar Tragedi, 100 Maut & 150 Cedera Dalam Kebakaran Di Iraq

Artikel berkaitan: “Mulia hati abang tengokkan adik tu” –  Ahli Kariah Masjid Jaga Pemuda OKU Dalam Program Kuliah Jadi Tumpuan

Cats 1

Video penuh klik di sini. 

Siak masjid berkenaan, Ayub Awang Hamat memberitahu dia menerima berita berkenaan kebakaran itu selepas diberitahu oleh rakannya, dia melihat api marak dari arah bumbung masjid itu.

Bumbung masjid itu difahamkan sedang berada dalam proses pembaikan dan terdapat banyak kotak-kotak jubin ekoran kerja-kerja pemasangan yang masih belum selesai sepenuhnya.

“Lelaki itu dipercayai naik ke atas bumbung sebelum bertindak membakar kotak-kotak di situ.

Kami lega apabila kebakaran itu tidak sempat merebak ke kawasan lain selain tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, lelaki berkenaan dikenali oleh penduduk setempat dan dia merupakan seorang yang kurang siuman. Dia juga sering menumpang tidur di perkarangan masjid tersebut sejak hampir setahun lalu.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo!, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nasib baik sempat hentikan api…” – Lelaki Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nasib-baik-sempat-hentikan-api-lelaki-bakar-bumbung-masjid-di-kelantan-rupanya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM