in

Majlis Perkahwinan Bertukar Tragedi, 100 Maut & 150 Cedera Dalam Kebakaran Di Iraq

Untitled Design 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hadir dalam majlis kahwin adalah perkara yang menyeronokkan bagi tetamu dan juga pengantin yang diraikan. Dengan hidangan enak lagi, pasti dapat membuatkan satu majlis itu menjadi lagi meriah. Tapi malangnya, majlis kahwin juga boleh menjadi tempat berlakunya bencana.


Baru-baru ini, sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Nineveh, Iraq telah bertukar tragedi apabila dewan yang digunakan untuk sambutan itu telah terbakar dan telah mengorbankan ramai mangsa yang hadir.

Menurut maklumat awal, punca kebakaran adalah disebabkan bunga api yang dinyalakan ketika majlis perkahwinan itu sedang berlangsung sehingga merebak di dalam dewan.

They (bride and groom) were about to do a slow dance, so they lit up fireworks. It hit the ceiling , which caught fire.” kata seorang saksi yang tercedera.

Artikel berkaitan : “Habis hangus” – Ini Keadaan Terkini Bromo Lepas Terbakar Gara-gara ‘Photoshoot Pre-Wedding’

Akibat daripada itu, lebih daripada 100 tetamu meninggal dunia manakala 150 orang lagi mengalami kecederaan. Apa yang menyayat hati, pengantin lelaki dan perempuan juga merupakan antara mangsa yang terkorban.

Menurut media kerajaan Iraq, bangunan dewan perkahwinan itu diperbuat daripada bahan yang mudah terbakar. Tambahan lagi, pihak berkuasa pertahanan awam melaporkan kepada AFP  bahawa bangunan itu dibina daripada panel pasang siap yang sangat mudah terbakar dan tidak mematuhi piawaian keselematan.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga menyatakan sebilangan siling telah runtuh semasa kebakaran kerana diperbuat daripada bahan yang murah.

“Kami melihat api marak dari dewan. Ada yang berjaya keluar dan ada yang gagal,” jelas Imad Yohana, antara mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Menurut saksi yang lain, kebakaran itu berlaku kira-kira jam 10.45 malam waktu tempatan dan dikatakan hampir 900 orang tetamu yang menghadiri majlis itu.

Artikel berkaitan : Tragedi Jeram Mawar : 2 Mangsa Yang Maut Sepatutnya Bernikah Disember Ini

Berikutan kejadian ini, Perdana Menteri Iraq, Mohamed Shia al-Sudani meminta Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri untuk mengerahkan usaha bagi menyelamatkan serta merawat mangsa kebakaran.

Dimaklumkan, ambulans, anggota perubatan dan trak bantuan telah digerakkan ke lokasi kejadian dari Baghdad, Kurdistan dan wilayah yang lain untuk membantu mangsa kejadian ini.

Sumber : BeritaHarian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.