in

“Laki tak marah ke kak oiii” – Netizen Kritik Gambar ‘Daring’ Puteri Sarah, Posing Mesra Dengan Pelakon Lelaki

Ft Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Puteri Sarah Liyana kini dilihat kembali aktif dalam bidang lakonan selepas sekian lama tidak muncul dalam mana-mana drama di televisyen.


Drama lakonannya yang kini ditayangkan di kaca TV berjudul Melastik Ke Hatimu di samping pelakon utama Janna Nick dan Andy Bernadee sudah sampai ke minggu akhir. Ramai yang suka melihat Sarah kembali berlakon selepas menyepi daripada dunia seni.

Bagaimanapun, baru-baru ini gambar yang dimuat naik oleh Sarah di Instagram mendapat perhatian ramai netizen kerana dilihat kurang sopan. Foto itu menunjukkan Sarah posing dalam posisi berhadapan bersama dengan pelakon lelaki, Nazrief Nazri dengan tangannya diletakkan di dada.

Gambar itu adalah bersempena promo telemovie romantik komedi terbaru lakonannya bertajuk Jangan Curi Hati Saya yang bakal disiarkan di kaca TV tidak lama lagi.

Sarah

Ianya mengundang rasa tidak suka peminat kerana imej Sarah yang bertudung dan berstatus isteri orang. Menurut netizen, posing sebegitu tidak manis menjadi tatapan umum apatah lagi,  Sarah dan suami, Syamsul Yusof kini dalam fasa berbaik dan perbaiki hubungan.

Komen1 1

Namun, ada segelintir netizen yang memberi komen dan berpendapat bahawa gambar tersebut bukan real dan telah disunting kerana bentuk badan yang lain dan kedua-dua tangan tidak sama.

Tinjaun Lobak Merah ke Instagram Sarah mendapati, foto itu telah pun dipadam daripada akaunnya selepas mendapat banyak kritikan daripada peminat dan pengikutnya di laman sosial itu.

Edit

Edit ke tu?

Baca: “Tak kelako lah Shuk” – Shuk ‘Prank’ Isteri Nak Minta Izin Kahwin Lain Di IG Live, Rupa-rupanya Hanya Gimik Promosi Produk?

Syuk Sera Lakonna

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.